Friday, July 19, 2019

Asal, Usul dan Aku: Ziarah kampung Orang Asli. Kampung Larek, Sg. Siput, Perak.

Masih ada peluang untuk berkongsi sedikit rasa tatkala melihat anak-anak yang masih ada rasa bahagia walau hidupnya serba kurang. Walau kita di alaf maju dan baru, cepat dalam teknologi dan mesin, mereka tiada mengenal semua. Asing buat mereka tetapi mereka tiada apa. Menerima seadanya dengan cukup. Bahasa yang agak asing dan memang  tak faham. Mujur saja mereka faham bahasa. Hanya beberapa foto mungkin dapat mengungkap rasa.


Antara tempat teduhan mereka. Bahkan ada juga yang masih bertampal dindingnya dengan bermacam kain dan kayu. Rencam. Usang.


Para sukarelawan. Kebanyakannya sudah biasa dengan suasana mereka orang asal. Kerana kita punya fikiran, luar fizikal kita sahaja berbeza, tetapi hati dan jiwa kita warnanya sama. Maka, apa hak mereka untuk di tolak masyarakat?



Sessi pengajaran dan pembelajaran.


Penggerak Islam yang dilantik dibawah MUIP. Ustaz Mat

Rasa

Kerapkali,
Rasa hiba mengatasi suka,
Selalu,
Sedih duka menjadi utama.

Ketahui,
Dalam jiwa punya rasa berbeza,
Saat gembira hilang semua,
Tatkala satu duka mendatang.

Kau dan aku,
Perlu tahu batas rasa,
Supaya kelak tiada binasa.

rawdakareem

Friday, March 8, 2019

Suatu Kala

Suatu saat lalu,
Aku selalu mengharap darimu,
Sebuah harapan menjadi debu,
Berterbangan ibarat abu,
Dimana janji dahulu?
Kutahu, hanya dilafaz tiada terabadi. .

Kau Kata...

Semakin jauh perjalanan, semakin luas pemandangan mata dan hati,
Semakin jauh meneroka, semakin banyak kawan dn kenalan,
Semakin besar komuniti sosial, semakin banyak hati yg perlu dijaga,
Hidup ini tentang pengorbanan... Hendakkan setandan pisang, satu pokok perlu ditebang...
Teruskan hidup. Jgn putus asa. Hingga putus nyawa dn jasad

Sedar Diri




Terlalu singkat dunia ini utk menyesali, 
Terlalu pendek rasanya utk mengejar mimpi,
Hari ini nafas masih brbaki,
Esok lusa sudah kmbali.

Sunday, October 7, 2018

Kembali lagi

Assalamualaikum w.b.t

Sudah lama laman ini terbiar. Kaku dan sepi.
Sengaja aku biar dia sendiri.
Aku bukan penulis tegar
Aku tiada bakat menulis

Tapi, kadang hanya kertas kosong ini sebagai teman,
Kala tiada yang mendengar,
Sedang ku tahu ada yg Diatas selalu mahu mendengar,
Tapi hanya memenuhi kehendak sebagai manusia biasa.

Disini masih berdiri
Menanti saat dan hari
Moga terus berdiri cekal

Saturday, December 7, 2013

Bahaya Nifaq

Reflection ayat 12 - 14 surah al-hadid

Dlm ayat2 ini Allah menceritakan perihal org2 beriman dgn org munafik.

Di akhirat nanti, bg org lelaki dan perempuan yg beriman itu akan ada cahaya yg bergerak cepat di hdpn dan di sblh kanan mereka. Dikatakan oleh para mufassirin, di akhirat nanti keadaan adalah sgt gelap. Kmdn Allah akan memberikan cahaya kpd org2 mvkmin. Dan cahaya ini akan memandu mereka menuju Allah.

Dikatakan juga cahaya yg disebut dlm ayat ini merujuk kpd cahaya ketika hendak meniti al-sirath. Menurut ibn mas'ud setiap org yg beriman akan diberikan cahaya berdasarkan iman mereka; ada yg mendpt cahaya sebesar gunung, ada sebesar pohon kurma, ada sebesar lelaki yg berdiri dan ada yg sebesar ibu jari.

Dlm ayat 13 pula diceritakan ttg perihal org2 munafik yg sdg meraba2 dlm gelap, mereka merayu kpd org2 mukmin supaya menunggu mereka supaya mereka mendpt sdikit bhgn drpd cahaya tersebut. Kmdn org mukmin akan berkata kpd mereka, pergilah kembali ke blkg (tmpt di mana cahaya dibahagi2kan) dan carilah di sana. Kmdn akan diadakan bg org2 munafik itu satu tembok yg mempunyai pintu, di sblh dlmnya ada rahmat (syurga dan nikmatnya) dan di sblh luarnya ada azab iaitu neraka. Tembok ini adalah tembok pemisah antara syurga dan neraka. Ketika org2 mukmin telah berjalan msk ke dlm syurga pintunya akan tertutup, lalu tertinggallah org2 munafik dlm gelap dan azab.

Manakala ayat 14, terkandung ciri2 munafik. Org2 munafik setelah tertahan diluar, mereka nenyeru org beriman, bukankah kami bersama2 kamu melaksanakan syariat islam?

Org mukmin berkata, benar, tetapi

1- kamu telah membinasakan diri kamu dgn bergelumang dlm nifaq, maksiat, kehendak jiwa dan keseronokan dunia

2- kamu menunggu2 kehancuran nabi saw dan org2 muslim

3- kamu ragu2 terhadap hari kebangkitan

4- kamu leka dgn cita2 dan impian

5- kamu diperdaya oleh syaitan dgn beranggapan bhw Allah akan mengampunkan kamu sdg kamu tidak bersungguh2 melakukan amal soleh.

How Satan Works ᴴᴰ ┇ by Ustadh Nouman Ali Khan ┇


Wednesday, October 2, 2013

Dialog Hati

Hati yang keras dan kaku...ibarat jasad tanpa ruh..
Melayari duniawi penuh tipudaya..gembira dgn helah dunia..

Hati yg penuh noda hitam...laksana sinar kaca yg disangka permata..
Diluar berkilau nilainya tiada...menipu pandangan jua fikiran...

Orang kata, dengarlah suara hatimu...untuk keputusan yang bisa kau ragu,
Tetapi bagaimana ya? Jika hati itu tiada putihnya...
Bagaimana kan bisa terdengar bisikan yang haq?

 Taqwa jalannya...putihnya hatimu duhai jiwa,
  • Definisi taqwa oleh ibn mas'ud. Taqwa itu spt kita berjalan dlm gelap dan jalan di dpn kita penuh duri. Kita akan sgt2 berhati2 ketika berjalan spy tidak tepijak duri-duri itu. Begitu juga taqwa. Taqwa kpd Allah bkn semata2 takut kpd Allah. Disbbkan takut itu kita mengambil precaution spy kita tak displease Allah. So taqwa is actually the feeling and action. Kita 'berhati2' dgn Allah. Perbuatan, perkataan, amalan dan sebagainya.. Dan sepatutnya uncertainty mengenai kedudukan kita nanti yg membuatkan kita takut and at the same time harap pd rahmat Allah.

La malja' wa la manja illa ilayka. Tiada tmpt tmpt berlindung mahupun tmpt menyelamatkan diri dari azabMu melainkan dgn perlindunganMu juga.







IMAN MENAIK DAN MENURUN

Kita yakin dgn hakikat syurga dan neraka. Iman blh menaik, blh menurun. Jd tahap iman blh berbeza2 antara satu sama lain. Yakinnya kita dgn syurga dan neraka tidak sama dgn yakinnya para shbt dgn syurga dan neraka. Sbb itu kita blh yakin selamat dr azab Allah manakala salafus soleh pula beramal dgn pnh rasa takut dan harap.

Pnh diceritakan sufyan ibn 'uyainah atau sufyan ath-thaury, (either one) sdg dlm sujud ketika seorg shbtnya sdg bertawaf. Selesai tawaf 7 pusingan, sufyan msh bersujud! Selesai solat, sufyan berkata pd shbtnya td smbl menangis "adakah Allah akan ampunkan sufyan? Adakah Allah akan ampunkan sufyan?". Ia bkn sangka buruk terhdp Allah tp ia lahir drpd takut akan dosa2 sndiri, takut tak mendpt nikmat syurga, takut akan siksa neraka. Ia juga lahir drpd besarnya hrpn dia agar Allah mengampunkannya, berharapnya terhdp syurga, berharapnya dia dijauhkan dr neraka.


Wahai hatiku...bagaimanakah kamu? Sihatkah kamu? Sakitkah kamu? Ingatkah kamu pd Robb yg satu?
Wahai hati...kelak kamu  jua akan ditanya..bagaimanakah kamu menjadikan dirimmu hampir kepada Allah..atau jauh dari syurgaNya. Bersediakah dikau? Bertaubatlah....selagi pintu taubat masih terbuka...sebelum mata terpejam selamanya...





You think you are superior...