Saturday, June 29, 2013

Pertemuan itu...



Pertemuan yg indah itu,
bukanlah dikira siapa lagi banyak shopping barang mahal-mahal,
bukan diukur dgn kemewahan dan kesenangan duniawi,
Pabila pulang, kita akan kembali sendiri...sepi..kosong hati...

Pertemuan yg indah itu,
Apabila hati-hati berpadu dgn cinta Ilahi,
Bukanlah tdk boleh shopping, tapi bersederhana dan merasa qana'ah (merasa cukup dgn apa yg ada)
Bukanlah tdk boleh berjumpa dn bergelak ketawa dgn member, tapi sulamilah rasa gembira itu dgn tarbiyah hati krana Allah, juga mmbantu mereka yg tdk dapat ketawa...

Satu pertemuan yg membawa makna yg besar apabila kita pulang kerumah. Hati penuh terisi. Ruang-ruang kosong diisi dgn kekuatan cinta pd yg Haq! Sungguh lazat dan manis...tidak semua insan ingin menikmatinya. Sekali kita merasainya. Tiadalah kita lepaskan ia. Selamanya!!

Satu cerita.

Seorang suami isteri yang bersiap utk mengerjakan haji. Suaminya bekerja sebagai pilot. Zuhud. Tidak menampakkan dirinya seorang yg kaya-raya dgn duniawi. Kerna dia mengetahui itu semua bukan haqnya yg haqiqi. Betapa rendah hatinya. Pabila anaknya membawa bekal ke-sekolah, semua pelajar disekolah itu akan diberikan makanan yg sama seperti anaknya. Supaya tiada terlihat dek pelajar lain makanan anaknya dan berasa cemburu. Masya Allah! berapa peratus lagi wujudnya kesedaran manusia bersifat begini pada zaman ini?? Selamatkan kami dari sifat takbur dan 'ujub pada segala milikMu ya Allah.

Satu hari pabila suami isteri itu mengerjakan haji bersama seorang ayahnya, seperti biasa sang suami bersiap-siap mengemas pakaian dan membawa apa yg sepatutnya. Selalunya sang suami akan menukar kain pelikatnya utk solat. Mereka tiba di Haramayn (Mekah dan Madinah) seperti biasa. Menginap dihotel. Sementelah mereka mempunyai masa berdua selepas mengerjakan ibadah khusus semasa haji, sang suami membawa isterinya naik ke satu menara utk menunjukkan tempat-tempat yang pernah beliau kunjungi. Tubuh kecil dan kurang tinggi isterinya menyebabkan sang suami ingin mengangkat isterinya melihat pemandangan itu. Tetapi dihalang isteri kerana malu katanya. So sweet i can say here. :). Kemuadian mereka turun utk menunaikan solat jemaah bersama-sama. Selepas memberi salam, suaminya mengenyit mata kepadanya dan mengucap I love U. Perkara yang jarang dilakukan sang suami. Awww..seolah kumerasai diriku berada ditempat isteri itu. Sangat angau pabila suaminya memperlakukannya begitu. Hati mana yang tak angau. :)

Sebagai pilot, pasti banyak dugaan dan ujian berada diudara. Bagi si suami ini, walau dimana jua dia berada, solat malam tdk pernah ditinggal, pabila isteri dan anak-anak dibawa sekali, solat jemaah tidak pernah ditinggal. Masya Allah. Hebatnya hubungan kerana Allah. Tiada yg indah dari itu, pabila semuanya kerana Allah. Pabila cinta dijiwa disemi dengan nama Allah, tiada yg lebih hebat utk kita teruskan hidup didunia ini melainkan utkNya. Subhanallah. Selain itu, suami ini akan membawa satu beg kemana sahaja (kecuali toilet), didalamnya terdapat satu nashkah al-Quran yang kelihatan lusuh, kerana sering diguna pembacanya. Bukti kepada kekerapan beliau membuka satu Quran ini banyak kali. Tiada hilang ditangan dan jiwanya dengan Quran. Sukar dicari pada zaman ini... Allah..Masukkan kami kedalam generasi al-Quran ya Allah.

Satu hari, mereka bersiap utk pergi kepadang a'rafah. Memakai ihram. Tanpa wangian (Tidak boleh berwangi-wangian semasa dalam ihram). Isterinya berjalan mendekatinya dan sesekali mencium cium kain ihram suaminya. Berbau harum. Haram..Haram..tegah suaminya dgn lembut. (Diadalam ihram, suami isteri dilarang berjima'). Isterinya ketawa. Lembutnya sang suami menegah. Mereka meneruskan perjalanan dan sampai ke 'arafah. Disitu khemah diasingkan antara lelaki dan wanita. Saat itu sang isteri sgt rindu kpd suaminya. Seperti sudah lama tdk berjumpa. Isterinya pergi ke khemah suaminya dan bercakap dgn suaminya. "Are u okay?",tanya sang suami. Yup..jawab isterinya sambil tersenyum. Kemudian suaminya meminta kpd isterinya pulang ke khemah dan solat. mereka terpisah. Selepas satu jam, dari speaker, kedengaran suara memanggil nama sang isteri untuk datang kebelakang khemah. Saat itu beliau ditanya, bersama siapa dia menunaikan haji. Bersama suami dan ayah saya, jawab sang isteri.

Seseorang bertanya kepada isteri, apakah kamu ada merasai sesuatu sekarang ini? Saya merasa kehilangan...., jawab si isteri. Kemudian seseorang memberitahu, salah seorang yang bersama kamu kesini telah pergi, berdebar hatinya, tertanya-tnaya samada ayahnya atau suaminya. Yang telah pergi selamanya adalah...suamimu,. Lemah lutut. Jatuh terduduk sang isteri. Tangisan bergema. Suaminya dikuburkan dipadang 'arafah. Pekerja arab yg menanam jenazahnya mengatakan ada satu bau harum dari tubuhnya. Isterinya teringat, itulah bau yg dia cium di ihram suaminya sebelum mereka sampai di 'arafah. Itulah baunya.....itulah dia. Masya Allah.

Sungguh hebat kuasa Allah pd hambaNya yg dikasihi. Tiadalah yg kekal melainkan Allah. Subhanallah.








Saturday, June 1, 2013

INDAHNYA DAKAPAN IMAN DAN ISLAM






Bersama Islam,
Tiada nikmat setandingnya,
Kesyukuran kupanjatkan,
Bersama kalimah jalaalah..

Tiap hembus nafasku,
Tiap detik nadiku,
Moga terus bersama Islam,
Melalui hari sukar dan duka,
Gembira dan tawa, bersama....

Ku serahkan semuanya...hanya padaMu Ya Allah..
Diriku, Jiwaku, Hayatku, UntukMU.... -__-,

Raudhah