Friday, January 30, 2009

~ketawalah...Tapi...




Suka dan duka begitulah warna kehidupan manusia. Kita menangis dan berhiba apabila berada dalam duka dan derita. Dan kita ketawa jika riang dan beroleh segala yg diinginkan.
Memang begitulah manusia. Islam pn tdk pernah melarang umatnya yg mahu menyatakan rasa kegembiraan mereka dgn ketawa.

Namun selaras sebagai agama unggul yg sarat dgn pelbagai adab dan disiplin,ada batas ketawa yg harus dipatahi. Ini bknlah suatu konkongan sebaliknya menjadi panduan agar org islam tak dipandang rendah martabatnya oleh bukan islam.

Allah berfirman yang bermaksud:

"maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis dgn banyak"(at-taubah:82)

Rasulullah s.a.w pernah bersabda y bermaksud:"dan jgnlah kamu byk ketawa krn byk ketawa itu mematikan hati" (riwayat ahmad dan at-tirmizi)



Hati yg sudah mati akn memudahkan syaitan menakluki dan menerajui diri, seterusnya akan mmbawa indvidu ke lembah hina dan menyeleweng drp landasan kebenaran. Jika hati sudah mati,punahlah keperibadian manusia. Malah jika hati sudah rosak,maka binasalah maruah diri.

Sementara seorang abid, Abdulah bin Abi Yu'la pernah berkata. "Adakah kamu masih bergelak ketawa sedangkan kain kafanmu sudah pun dikeluarkan dr istana Allah:
maka wahai sohabat sohabiah sekalian marilah kita sama2 muhasabahkan diri. Ketawalah sebagai suatu penyataan kesyukuran ttp jgn sampai mematikan hati!

WSLM.

Saturday, January 17, 2009

~Nahnu Ansorullah~

Fwded msg from email:

Wahai Saudara Islam Ku
Anak ini mencuba untok menyelamatkan Ibu nya yang dalam keadaan kritikal

Bayangkan apa yang sedang dipesan oleh Ibu nya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
Bagaimana kah perasaan anak ini dan apakah keadilan yang diharapkan akan membuka mata dunia?
Pejamkan mata Anda buat seketika serta bukakan hati sudah tentu kalau boleh Anda ingin menjadi sesaorang yang akan bangun dan membela nasibnya...













"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis..amin. .."> >
(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)

Surah al fil:

Friday, January 16, 2009

tazkiyatun nafs..





Firman ALLAH s.w.t yang bermaksud:
Sungguh aku akan berusaha menghambat mereka (Adam dan keturunannya) dari jalan yang lurus, kemudian demi Allah, pasti aku datangi mereka dari hadapan, belakangnya, kanannya dan kirinya.. (Q 7:16-17)

itulah janji syaitan kepada Allah untuk tidak henti2 mencari jalan untuk menyesatkan manusia seluruhnya..

wahai org2 yang beriman, kembalilah kepada Allah di kala hati resah gelisah..bertaubatlah kepada Allah dikala dosa datang menyapa..sesungguhnya, sebaik2 mereka yang bersalah adalah mereka yang bertaubat kepada Allah...dengan sebenar2 taubat tanpa mengulanginya...

smoga Allah jauhkan kita dari Azab api neraka yang dahsyat...

Alangkah indahnya bila dunia didiami oleh manusia beriman yang menyubur nadi iman. Alangkah seramnya bila dunia ini didiami oleh manusia lalai dan palsu imannya..