Tuesday, February 28, 2012

Ihfazillah Yahfazkum~ Jagalah Allah dan Allah menjagamu~



Ada sebuah cerita yang sangat menarik kudengar disalah satu siaran radio terkenal di Malaysia. Seorang ustazah menceritakan sebuah pengalaman beliau dan anaknya yang sedang dalam perjalanan dari sebuah tempat untuk pulang kerumahnya.

Didalam perjalanan, si ibu berhenti di salah sebuah stesyen minyak untuk menunaikan solat zuhur dan menyuruh anaknya juga solat terlebih dahulu. si anak berkata kepada ibunya, 'ibu, rumah kita dah nak sampai dah, kita solat kat rumah jela'. Si ibu dengan lembut berkata kepada anaknya, 'Anak, Ihfazillah yahfazka..Kamu jaga Allah dan Allah akan jaga kamu. Dengan muka masam, si anak turun juga dari kereta dan menunaikan solat zuhur.

Se usai menunaikan solat, si anak meminta kepada ibunya untuk membeli barang kesukaannya di kedai seberang jalan berhadapan dengan stesyen minyak tersebut. Keadaan pada waktu itu juga hujan lebat. Si anak menyeberang jalan dan membeli barang yang dihajati. Di kala ingin menyeberang kembali kembali ke kereta ibunya, si anak hanya memikirkan untuk cepat-cepat mengelakkan diri dari hujan lebat dan masuk ke kereta. tanpa memikirkan kereta lalu lalang di jalanan tersebut. Walaupun kawasan itu selalunya jarang dilalui kereta, tapi dari kejauhan si ibu mendengar bunyi enjin kereta yang meluncur laju membelah jalan diwaktu hujan lebat tersebut.

Si ibu hanya melihat dari dalam kereta, anaknya yang sedang berusaha melintas jalan dan bunyi kereta yang laju membelah jalan. Di fikirannya sudah terfikir mungkin sesuatu yang buruk akan berlaku dan memikir dimanakah hospital terdekat dengan kawasan itu. Beberapa minit kemudian, si ibu melihat kereta tersebut sudah berlalu kehadapan, tetapi beliau tidak nampak dimanakah anaknya.

Tiba-tiba anaknya berdiri di sebelah kereta dengan wajah yang pucat lesi. Si anak masuk ke kereta dan berkata, 'ibu, Alhamdulillah ameer dah solat zuhur, Ammer jaga Allah dan Allah jaga Ameer. Si ibu bertanya apa sebenarnya yang berlaku? Si Anak bercerita,'Ameer nak lintas jalan, dan nampak kereta yang laju menuju kepada ameer, sehabis kudrat ameer berlari dan setakat tu je yang ameer mampu, tiba-tiba ameer rasa ada sesuatu yang tolak ameer kedepan sehingga hampir-hampir tersungkur. Ameer selamat dari dilanggar kereta itu.

Sehabis mendengar cerita itu, hatiku sebak. Adakah selama ini aku menjaga Allah? ku soal pada diriku sendiri. Air mata menitis menyesali dan memohon keampunan kepada Allah atas kelalaianku. Ighfirli Ya Allah...

;'(

Sunday, February 26, 2012

Kata dari Hati~




Untukmu yang kusayangi..
Yang mengetuk pintu hati,
senyummu senyumku,
tawamu jua tawaku,
ku gembira saat kau gembira..
manis kurasainya...

Cintaku selepas Allah dan rasul..
kusayangimu sebagaimana yang ada padamu,
sebagaimana yang dilahirkan untukmu,
kerna itulah pinjaman Allah yang sgt cantik..
Syukurku panjatkan..

kita jua seperti manusia lain,
melalui saat pahit dan getir,
menjalani erti sebuah hidup,
sebagai insan beriman kpd Allah,

walau sedih bagaimanapun,
kumohon kesabaran dan keredhaan,
atas segala kesusahan yang berlaku,
ini bukanlah pintaku,
tapi ujian Nya..

salah silap harap dimaafi,
tulus dari hati,
entah esok lusa kembali pd Ilahi,
sebelum jasad kaku,
sebelum mata terpejam,
ku sayng kamu..hanya kerana Allah..:)