Tuesday, December 25, 2012



Assalamualaikum..

Hai semua..moga semuanya berada dalam baik2 ajee...

Senyum. Say good words. Positive. Wangi. Kemas. Cantik. Bersih. :)

All those things that I mention above will bring you positive aura... ;). Tarik nafas dalam2 sambil senyum...lepaskan perlahan-lahan. Okay, let us start..

Apa yg nak start ni? Ermmm...mungkin sedikit rencah hidup untuk dikongsi dan dirasa.

Ada soalan kat sini, yang mana kalau kita fikirkan pasal dunia, memang semua benda tak habis cerita...ada je yg nak di story-mory kan?

Soalannya: Sesorang yg tak tahu pasal mesin, ingin membeli mesin, bagaimanakah dia nak menggunakan mesin tersebut? sbb dia tak tahu apa2. duduk kat hutan kann...tak bergaul dengan orang bandar. Hhehe. Kesian dia.

So mcamna dia nak guna mesin tu?

Fikir punya fikir, try punya try, tak dapat guna jugak! buntu dah dia. Suddenly dia teringat ada sekeping kertas dalam kotak mesin tadi. Haaaa!!! Thats it! Thats the manual of the machine. Suka sgt dia. Lepas refer pada manual tu, gembira lah dia menggunakan mesin yg diidamkan.

Okeyyy...tak habis lagi ni. Duduk duluu...:)

*Serious discussion* :]

Dari cerita diatas, apa yg ingin sy sampaikan adalah, sebarang masalah atau perkara yang manusia ni lalui, andai ada kebuntuan dan nak mencari penyelesaian sebenar dan hakiki...kembalilah kita membaca manual yg Allah telah sediakan. Al-Quran Al-Karim. Yg mana didalamnya ada diberitahu apa yg boleh kita lakukan didunia ini, dan apa yg dilarang. Suruhan Allah adalah untuk menunjukkan kita betul2 meyerah diri pada Allah dan mengakui kita hambaNya. Dia yg ciptakan kita, maka Dia tahu apa yg terbaik untuk mesin-mesin yg Dia cipta dalam badan kita. Larangan Allah pada satu2 perkara itu bukan untuk mengongkong manusia, tetapi nak tengok setakat mana manusia ini bersabar dan bertahan dengan tidak kerjakan larangan tersebut. Sebab Allah tahu setakat mana mesin (makhluk) yg Dia cipta kat dunia ni mampu tahan pada sesuatu benda.

Apa2 yg kita buat, fikir dulu, muhasabah dulu, perkara tu betul ke salah, mampu atau tidak. Kita semua ada aim yg sama sebenarnya. iaitu akhirat, syurga. kalau tnya siapa nak masuk neraka, semua pun tak nak. Tapi kenapa banyak perbuatan kita menjurus ke neraka? Astaghfirullah!! T___T

Allah cakap melalui Hadis Qudsi:

ANA 'INDA ZONNI ABDIBII.. (Aku adalah sebagaimana sngkaan hambaKu kepadaKu). Kalau kita fikir apa yg Allah sampaikan pada kita ni baik, maka akan jadi baiklah. Kalau sebaliknya, maka itulah yg kita dapat. Hijrahlah kearah kebaikan. Demi masa depan. Bersama2. :)