Reflection ayat 12 - 14 surah al-hadid
Dlm ayat2 ini Allah menceritakan perihal org2 beriman dgn org munafik.
Di akhirat nanti, bg org lelaki dan perempuan yg beriman itu akan ada cahaya yg bergerak cepat di hdpn dan di sblh kanan mereka. Dikatakan oleh para mufassirin, di akhirat nanti keadaan adalah sgt gelap. Kmdn Allah akan memberikan cahaya kpd org2 mvkmin. Dan cahaya ini akan memandu mereka menuju Allah.
Dikatakan juga cahaya yg disebut dlm ayat ini merujuk kpd cahaya ketika hendak meniti al-sirath. Menurut ibn mas'ud setiap org yg beriman akan diberikan cahaya berdasarkan iman mereka; ada yg mendpt cahaya sebesar gunung, ada sebesar pohon kurma, ada sebesar lelaki yg berdiri dan ada yg sebesar ibu jari.
Dlm ayat 13 pula diceritakan ttg perihal org2 munafik yg sdg meraba2 dlm gelap, mereka merayu kpd org2 mukmin supaya menunggu mereka supaya mereka mendpt sdikit bhgn drpd cahaya tersebut. Kmdn org mukmin akan berkata kpd mereka, pergilah kembali ke blkg (tmpt di mana cahaya dibahagi2kan) dan carilah di sana. Kmdn akan diadakan bg org2 munafik itu satu tembok yg mempunyai pintu, di sblh dlmnya ada rahmat (syurga dan nikmatnya) dan di sblh luarnya ada azab iaitu neraka. Tembok ini adalah tembok pemisah antara syurga dan neraka. Ketika org2 mukmin telah berjalan msk ke dlm syurga pintunya akan tertutup, lalu tertinggallah org2 munafik dlm gelap dan azab.
Manakala ayat 14, terkandung ciri2 munafik. Org2 munafik setelah tertahan diluar, mereka nenyeru org beriman, bukankah kami bersama2 kamu melaksanakan syariat islam?
Org mukmin berkata, benar, tetapi
1- kamu telah membinasakan diri kamu dgn bergelumang dlm nifaq, maksiat, kehendak jiwa dan keseronokan dunia
2- kamu menunggu2 kehancuran nabi saw dan org2 muslim
3- kamu ragu2 terhadap hari kebangkitan
4- kamu leka dgn cita2 dan impian
5- kamu diperdaya oleh syaitan dgn beranggapan bhw Allah akan mengampunkan kamu sdg kamu tidak bersungguh2 melakukan amal soleh.