Masih ada peluang untuk berkongsi sedikit rasa tatkala melihat anak-anak yang masih ada rasa bahagia walau hidupnya serba kurang. Walau kita di alaf maju dan baru, cepat dalam teknologi dan mesin, mereka tiada mengenal semua. Asing buat mereka tetapi mereka tiada apa. Menerima seadanya dengan cukup. Bahasa yang agak asing dan memang tak faham. Mujur saja mereka faham bahasa. Hanya beberapa foto mungkin dapat mengungkap rasa.
Antara tempat teduhan mereka. Bahkan ada juga yang masih bertampal dindingnya dengan bermacam kain dan kayu. Rencam. Usang.
Para sukarelawan. Kebanyakannya sudah biasa dengan suasana mereka orang asal. Kerana kita punya fikiran, luar fizikal kita sahaja berbeza, tetapi hati dan jiwa kita warnanya sama. Maka, apa hak mereka untuk di tolak masyarakat?
Sessi pengajaran dan pembelajaran.
Penggerak Islam yang dilantik dibawah MUIP. Ustaz Mat