Thursday, June 23, 2011

Kasih Ibu~Tiada bandingan...

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...

Sambil termenung keseorangan, seringkali ape yang kita terfikir? Ada orang fikir pasal dosa2 dia, pasal kisah silam, pasal dunia dan isinya, pasal akhirat dan macam-macam lagi. Semua yang kita fikirkan akan membawa kita mengenal siapa diri kita. Kalau minda seorang lelaki itu hanya memikirkan tentang seorang wanita, dunianya akan sentiasa dibuai dengan kelalaian membayangkan wanita tersebut. Yang akhirnya tiada manfaat apa2. Dan mungkin hanya dosa yang akan datang pada kita. Oh hati! Oh Jiwa! Dimanakah engkau??

Apa yang penulis nak tekankan pada kali ini adalah berkenaan kasih ibu. Ya, raaamaaiii sangat yang tulis pasal kasih ibu dan bapa. Tapi sejauh manakah ianya terkesan di hati kita?? Kalau tiada sesuatu berlaku pada ibu bapa kita, kita takkan nampak yang mereka tu benar2 saaayanggg sangat pada anak dia. Ibarat ramai yang cakap, "Masa dah tiada baru nak hargai". Dulu pengalaman penulis masuk asrama masa form 1, muda2 lagi mereka dah ajar untuk membina hidup sendiri,berdikari, dan selesaikan semua masalah sendiri. Masa first time tu memang taknak berpisah, tiapkali call je menangis, sedih, rasa nak balik duduk rumah. Tapi, alah bisa tegal biasa. Lama-lama rasa seronok, ramai kawan2 dan bermacam2 kerenah manusia kat dunia ni. Kita dapat belajar melalui situ. Macam mana nak hadapi hidup dengan orang-orang yang pelbagai kerenah ni. Eventually, penulis dapat melihat kesannya diwaktu dewasa. Kita akan sentiasa mahu pergi kesesuatu tempat dan melakukan sesuatu tanpa bantuan mereka.

Allah selalu pesan pada kita melalui mesej-Nya tentang ibu bapa;
Janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka
Al-Isra' ayat 23.



Allah s.w.t. dah jelas-jelas melarang robot-robot bernyawa dan ada aqal yang Dia cipta untuk gerakkan dunia ni supaya jangan sekali pun cakap 'ah'pada mak ayah kita. Tapi kita ada ingat semula tak, dah berapa kali kita cakap perkataan tu pada mereka? Takde ye? Alhamdulillah.... ;))

Kenapa seruan dan larangan Allah selalu di ambil senang?? Allah yang cipta kita, bagi makanan, duit, harta, tangan, mata dsb. Seemuaaa kita pinjam je dari Allah, tiada satu pun milik kita. Sebagai timbal balik dengan apa yang Dia bagi, kita kena tahu ape yang Dia nak dan taknak. Al-Quran dan Sunnah adalah sumber untuk kita tahu semua tu. Sangat-sangat rugi bagi mereka yang tak pernah buka mesej Allah s.w.t dalam Al-Quran. Dan untuk lagi faham mesej2 tersebut, ikutlah sunnah dari insan terpilih, Rasulullah s.a.w.

Kasih ibubapa memang tiada tandingan. Dari kecil mereka sediakan semuanya untuk anaknya (kecuali makbapak bernafsu binatang~buang anak~). Bagi anak-anak yang sedar, pelbagai cara dilakukan sebagai balasan kepada ibubapa yang membesarkan mereka. Samada melalui perkataan atau perbuatan. Kasih ibu takkan setanding dengan kekasih yang baru dikenali hanya beberapa tahun. Apabila berumahtangga, kita mesti membahagikan tanggungjawab kita kepada keluarga baru dan ibubapa kita. Ibu bapa still tak boleh dibelakangkan, dan tanggungjawab baru mesti jugak diselesaikan. Hal ini tidak dapat disangkal kerana inilah amanah dari Allah kepada setiap individu.

Ibubapa adalah cahaya dalam hidup setiap individu. Tanpa mereka tiadalah kita. Hargailah mereka selagi mana mereka ada disisi kita. Tenunglah, lihatlah, fikirlah....Apakah sumbangan terbesar kita pada mereka.

Sama-sama hayati surah al-Isra' ini;

...dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
Al-Isra' ayat 23

Sama-sama bermuhasabah.

Sunday, April 10, 2011

-Hadith yang bercanggah-

Bismillah..

Sudah menjadi fitrah manusia yang sentiasa mempunyai kekhilafan dalam sesuatu perkara. Dalam mempelajari sesuatu ilmu, penuntut hendaklah mengkaji dan mengambil ilmu tersebut dengan berhati-hati iaitu mengenalpasti sumber, mengkaji dan barulah beramal dengannya selagimana selaras dengan al-Quran dan sunnah. Kali ini, sy ingin berkongsi kaedah memahami hadith yang bertentangan antara satu sama lain. Ini hasil dari pembacaan saya, semoga ianya mendatangkan manfaat insya Allah.

Contoh Hadith bertentangan:

Hadis A:

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:

Janganlah seseorang dari kamu minum sambil berdiri. Jika sesiapa terlupa, maka hendaklah dia memuntahkannya.[Sahih: Hadis daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Muslim, lihat Sahih Muslim – no: 2026 (Kitab Minuman, Bab tidak disukai minum secara berdiri). Hadis tegahan minum secara berdiri juga diriwayatkan dari Anas bin Malik dan Abu Sa‘id al-Khudri radiallahu ‘anhuma. ]

Hadis B:

Berkata al-Nazzal rahimahullah, ‘Ali radiallahu ‘anhu datang ke pintu kawasan lapang (di perkarangan masjid Kufah [Sebagaimana riwayat no: 5616 dalam Sahih al-Bukhari.] ) dengan (segelas) air lalu diminum sambil berdiri. Kemudian ‘Ali berkata; Sesungguhnya manusia, sebahagian daripada mereka tidak menyukai minum sambil berdiri, Demi sesungguhnya, aku melihat Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam berbuat seperti apa yang kamu lihat aku buat.[Sahih: Hadis dikeluarkan oleh Ahmad dan al-Bukhari, lihat Sahih al-Bukhari – no: 5615. (Kitab Minuman, Bab minum sambil berdiri).]

Hadis C:

Berkata ‘Abd Allah ibn Abbas radiallahu ‘anhu:

Aku menghidang Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam air zam-zam, lalu baginda meminumnya sambil berdiri.[ Sahih: Hadis dikeluarkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Sahih Muslim – no: 2027 (Kitab Minuman, Bab minum air zam-zam sambil berdiri).]

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dalam Hadis A jelas melarang seseorang untuk minum sambil berdiri tetapi dalam hadis B dan C, diterangkan pula bahawa baginda sendiri yang minum secara berdiri. Di sini jelas wujud percanggahan.

Akan tetapi jika dikaji semula, akan didapati bahawa Hadis A adalah hadis perintah yang berasal daripada Rasulullah (sunnah Qauliyah) manakala Hadis B dan C adalah hadis pengkhabaran tentang perbuatan Rasulullah (sunnah Fi‘illiyah).

Apabila bertembungnya antara hadis sunnah Qauliyah dan hadis sunnah Fi‘illiyah, maka yang menjadi dasar hukum ialah hadis sunnah Qauliyah, manakala hadis sunnah Fi‘illiyah berperanan menafsirkan maksud sebenar yang terkandung dalam hadis sunnah Qauliyah tersebut.

Kembali kepada contoh percanggahan di atas, Hadis B dan C berperanan menafsirkan maksud sebenar larangan Hadis A, bererti bahawa larangan Hadis A bukanlah bermaksud haram. Justeru apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam melarang sesorang minum secara berdiri, ia adalah merupakan satu tegahan dan bukannya satu pengharaman [Lihat al-Nawawi – Syarh Sahih Muslim, jld 7, ms 112 dan seterusnya, Ibn al-Qayyim – Zaad al-Ma‘ad , jld 1, ms 109-110 dan Fath al-Bari, jld 11, ms 211.].
Namun diingatkan kembali bahawa yang menjadi dasar hukum ialah Hadis A, maka hendaklah seseorang itu tetap berusaha untuk menjauhi minum secara berdiri, kecuali apabila uzur, lupa atau apabila suasana tidak mengizinkan

Thursday, December 2, 2010

Masa dan Waktu

بسم الله ؛

Anehnya perjalanan masa, tetapi lagi aneh manusia yang melalaikannya.



Kenapa Al-Quran menekankn tentang masa?
Kenapa mak bebel kalau lambat siap gi sekolah?
Kenapa kita merajuk kalau orang lambat apabila dah berjanji?
Kenapa masa tu penting?

Ramai orang cakap masa itu emas; tapi masih tak faham kenapa ia dinilaikan dengan sesuatu yang begitu berharga. Hakikatnya semua orang dapat masa yg sama; 24 jam, tapi kenapa ada yg cakap tak cukup masa la utk itu, tak cukup masa la utk ini...kenapa ada yg sentiasa santai sepanjang hari, dan kenapa ada yg sentiasa bergegas kesana kemari? Erm..nak tahu kita ni hargai masa atau tak ,cuba kita hitung semula apa yg kita buat sehari-hari ni...take note. Adakah banyak manfaat atau sebaliknya?

Bagaimanapun semuanya bergantung pada diri sendiri. Uruslah kehidupan harian anda dengan bijak. Rancang hidup kita dengan jadual dan disiplinkan diri dengan mengikut jadual itu.

Wednesday, November 10, 2010

Study dn study..


Jgan mengeluh dgn ujianNya, jgn bersedih kerana kegagalan dariNya, nilailah diri kita sblm melihat org lain,krn itu akan menjdikn kita berasa rendah diri dgn Allah..

Thursday, June 17, 2010

~Realiti Hidup~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum pembuka bicara, ;)

Buat tatapan diriku terutamanya, yang terlalu banyak melakukan dosa dan nista.

Tiada apa yang dapat ku katakan pabila seseorang yang kita percaya sebagai sahabat menikam kita dari belakang. Menabur fitnah berupa kata2 yang bukan sebenarnya datang dari kita, yang bukan niatnya dari kita,ya...setiap manusia adalah pendosa, dan begitu juga saya, tidak dapat lari dari ujian dan mehnah dunia. Saya juga melakukan salah dan silap, seperti orang lain. Jadi jgn terlalu mengangkat seseorang yang memakai pakaian muslimah sebagai seorang yang perfect, kerana mereka juga manusia.

Firman Allah dlm surah al-Imran; 135
"dan juga orang-orang Yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada Yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji Yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)."

Kepada Allah kita bertaubat dan kembali, tiada tempat lain untuk kita mengadu, melainkan hanya pada Allah. Maka wahai diri dan sahabat, marilah kita bersama memperkemaskan diri kita menuju Allah. Dunia sebagai hiasan sahaja, bila2 ia akan musnah, bahkan hancur lebur dek tangan manusia sendiri.

"Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan." Surah Hud;15

Wallahua3lam..

Friday, April 2, 2010

.::saat akhir::.

Aslm...

Tiada apa yg nk diperkatakan, apa yg kutahu, sekarang adalah detik2 terakhir menjelang habisnya study kat uia, (sem ni la), insyallah, ada lg satu sem panjang next sem...hu

Saat akhir untuk menentukan overall CGPA yg kita dpt, jd kena usaha lebih banyak2..

Mungkin jgak, Saat akhir untuk kita menjadi penuntut Di "SINI"(alam sementara)...sama2lah kita bersedia menghadapinya..WALLAHUA'LAM...

ALLAHUMMA YASSIR WALA TUA3SSIR..


KESUSAHAN BUKAN SEMUANYA SIKSAAN, DAN YANG PALING PAHIT ITU BUKAN SEMUANYA RACUN, TETAPI LEBIH BERMAKNA DARI KESENANGAN YANG TERUS MENERUS

Monday, March 15, 2010

kemahuan jiwa..

jiwa yang bersih dan suci adalah apabila segala amalannya cuma untuk ALLAH, cuma pada ALLAH, cuma ditujukan kepada ALLAH, sedikit sahaja ujianNYA, kita sudah lupa siapa kita, Wahai manusia, kita takkan kekal disini, bila2 kita akan kembali pd Nya, jgn bangga dengan apa yg kita miliki, jgn ego dengan sesuatu yang kita kuasai, kerana sekelip mata ia akan ditarik dengan kehendak ALLAH...

Inilah apa yg berlawanan dgn jiwa manusia, yg sentiasa mahukan sesuatu hanya untuk memuaskan hati dan dirinya sendiri. Diriku jua tidak dapat dinafikan. Kita memerlukan seseorang yang dapat memgingatkan kita setiap masa. kerana bersendirian hanya akan membuntukan jiwa. Janganlah ego untuk menolak pandangan sesorang yang lain, kerana kita juga amat terbatas ilmu yg dimiliki. Orang yang sebenar-benar mahukan ilmu adalah tidak sombong dan angkuh dengan apa yang dimiliki, dan semakin banyak kita menuntut ilmu, kita akan merasakan kita semakin kurang ilmu, bukan berbangga dengan sedikit pinjaman yng kita miliki. keana ia tidak akan menguntungkan apa2. Sungguh rugi.

____________________________________________________________________________________
Wahai manusia, Carilah apa2 yang diberikan oleh Allah kerana akhirat, dan jgnlah kamu lupa dengan nasib kamu di dunia ini.Kepentingan akhirat sgt penting, tetapi hidup didunia juga tidak boleh diabaikan, kerana hanya dengan amalan kita didunia ini shj akan menjadi penentuan dimanakah kita diakhirat kelak.

sungguh letih dengan kerenah manusia, berbagai ragam dan cara. Tapi inilah hakikatnya, ciptaan Allah yang Maha Agung, menurunkan al-Quran sebagai pembela, mengajar manusia untuk melakukan perubahan positif. Ku bersyukur Ya Allah..

Friday, February 26, 2010

Jahitan manikku~

sem ni kena buat baju kurung dan jubah, kemestian subjek yang telah ditetapkan uia untuk pilih skill yang kita nak, membolehkan kita dapat advantage sepanjang kita ada kat uia ni, seronok, at least kita dapat sesuatu..:))





Friday, November 6, 2009

~taqdirku~

Assalamualaikum...))

mg semuanya sihat walafiat bersama rahmat dan redha Allah melalui jalan2 cahaya..Insyallah..

sebagai manusia, kita semua akan melalui pahit manis kehidupan dan inilah hakikatnya sebuah pentas dunia. merasai kegembiraan dan kesedihan yang silih berganti, andai isinya baik, baiklah kulitnya, andai hati dipenuhi ketenangan, kegembiraan milik kita..

Gembira--> perkara yang diimpikan semua orang, sanagt manis andai dirasai bersama yang tersayang, berkesan meninggalkan kesedihan jauh di belakang..
tetapi, iana mustahil untuk terus bersama kita selamanya, bersama menemani tatkala gundah gulana menimpa, suatu saat ia akan pergi begitu shj..

Kesedihan--> tidak disukai semua orang, tetapi mesti dilalui untuk meneruskan hidup. Sebagai mehnah dan duri dalam kehidupan, andai tiada duri, mawar tidak dapat melindungi dirinya, tanpa kesedihan, kekebalan untuk hidup mungkin kurang...dan tiadalah dirasai kemanisan kegembiraan..alangkah adilnya dunia ILAHI..

Hidupku--> Inilah hidupku, inilah hidip kita, merasai setiap yang dirasai oleh semua jiwa, adil dan sakasama...andai kesabaran bertahan di hati, kegembiraan akan bertahan lama..melalui manisnya sabar..
tetapi andai kemarahan menguasai jiwa, hilanglah segalanya, hilanglah jiwa, hilanglah mulia,

Oh diriku, dimanakah dikau? pilihlah wahai jiwa, pilihan yang adil buat dirimu..

Ya Allah..andai ku gagal menghadapi mehnahMu, mudahkan Ya Allah, ringankan Ya Allah..
tiada apa disisiku melainkan rahmat dan redha-Mu..
andai hilang ia, hilanglah diriku, hilanglah jiwaku..hilanglah segalanya..
Ighfir Zunubi...