Monday, December 29, 2008

~sem baru, semngat baru~






Add drop subject telah selesai untuk se ni..
Semangat baru mesti ku terapkan kedalam diri untuk mendapatkan result cemerlang bukan sahaja untuk duniawi malah ukhrawi..
MY subject: ISLAH AND TAJDID MOVEMENT ::THE ABBASID CALIPHATE:: SURVEY OF ANCIENT CIV ::AYUBIDS AND MAMLUK CIV:: HIST OF MALAYSIA 2::

Kepada sahabat2..kudoakan moga kita sama berjaya dan dengan mengambil subject islah and tajdid sem ni...moga2 dapatku mengislahkan diriku menjadi lebib berguna kepada semua...

Allahumma Yassir wa la tu'assir..

Saturday, December 13, 2008

~PeMUsNah Turki~

Kesinambungan dari entri sebelum ini..


Wajah Ataturk..


Ibu dan bapa Ataturk..

Kehidupan khusus Mustafa Kamal Ataturk.

Kehidupan beliau boleh disimpulkan dalam tiga kata sahaja iaitu; wanita, minuman keras san kegilaan.

Pada usia 14: melakukan penzinaan dengan anak gadis jirannya, di Damsyik.
Disebabkan banyaknya minuman keras, maka pembuluh darah keliatan di kedua pipinya,
Dia mempunyai agen khusus untuk mencari gadis muda untuk menjadi santapannya.

Sakit dan Matinya Ataturk

Beliau diserang penyakit dalaman (Sirrosis Hepatis) disebabkan alcohol yang terkandung dalam arak.

Cairan ini berkumpul dalam perutnya secara kronik (menyebabkn doctor terpaksa menyuntiknya) kerana perutnya membusung dan kakinya bengkak.

Ingatannya melemah dan darah mula mengalir di hidungnya tanpa henti.

Beliau juga diserang penyakit kelamin sehingga beliau selalu menggaru bahagian tubuh antara kedua belah pehanya.

Kesihatannya melemah, mukanya mengecil, darahnya berkurang, tubuhnya pucat spt tulang dan akhirnya tidak mampu bergerak sendiri.

Firman Allah:
ولنذيقنّهم مّن العذاب الأدنى دون العذاب الأكبر لعلّهم يرجعون (السجدة-21)
Maksudnya: “dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit demi sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar (akhirat) supaya mereka kembali bertaubat”


Akhirnya, tubuh beliau tinggal tulang berbalut kulit. Beratnya hanya tinggal 48kg ketika mati. Gigi-giginya tanggal, mulutnya hamper bertemu dengan kedua alisnya dan dia berwasiat supaya jenazahnya tidak disembahyangkan. Pada hari khamis 10 November 1938, pergilah dia meninggalkan dunia dalam keadaan dilaknat langit dan bumi.

Firman Allah:
فما بكت عليهم السّمآء والأرض وما كانوا منظرين (الدخان: 29)
Maksudnya: “mereka itu tidak ditangisi oleh langit dan bumi dan mereka pula tidak diberi tempoh lagi”

والله أعلم.....

LIfe goes on.....

Pejam celik pejam celik..lagi seminggu nak masuk new sem..rasa macam baru je cuti..ape pun kehidupan perlu diteruskan..masuk hari ni dah lebih 5 kenduri kahwin yg perlu dihadiri untuk memenuhi jemputan (kalau x..nanti time kita kawen xd sape nak dtg..hehe)maklumlah, duduk kat perumahan kampung, pertolongan jiran2 sangat penting..bukan macam kat bandar...semua order je...yg penting ada ongkos..huhu...

Ingat cuti kali ni nak belajar jahit, tapi atas beberapa sebab, niat tu terpaksa dibatalkan..apa yang dapat kulakukan time cuti ni..ermm..just review sikit2 pasal apa akan aku belajar next sem.(kononnya) hehe...antaranya pasal sejarah turki dimasa pemerintahan Kamal Ataturk...hasil karangan Dr Abdullah Azzam..best la jgak buku ni.. tapi ape yang x bestnya.dia dalam bahasa Indon..huhu..x Pandai sangat..

Dalam buku ni diceritakan jugak tentang kejahatan Kamal Ataturk yang dia lakukan pada kerajaan Islam..antara rentetan kejadian yg berlaku pada zaman beliau:

1923: Pemerintahan Uthmaniyah dihapuskan
1924; Institusi Khilafah Uthmaniyah dihapuskan (lumpuhnya institusi waqaf dan ulama')
1925: Tariqat-tariqat tasawuf diharamkan kerana bertentangan dengan Undang-undang Negara.
1927: pemakaian songkok untuk kaum lelaki dan pemakaian tudung untuk kaum wanita diharamkan.
1928: pemansuhan tulisan jawi@arab dan perkenalan kepada tulisan Roman






Wajah Ataturk...


Sungguh jahat dan kejam Mustafa Kamal Ataturk. rasanya tak sanggup nak panggil dia dengan nama Mustafa Kamal 2..biarlah dengan gelaran Ataturk dia tu, tak sesuai nama yang mulia tu diberikan pada orang yang terang2 menolak ahkam ALLAH...Wallahua'lam...

Saturday, December 6, 2008

~Tabarruj..@ make up~





Entri kali ini ku coret untuk seluruh sahabat khususnya mereka yang bergelar muslimah. Moga sedikit sebanyak mendapat manfaat darinya. Hasil penulisan ini dipetik dan diringkaskan dari sebuah buku bertajuk “Tabarruj” hasil karangan Ustazah Ni’mat Sidqi (Seorang Ulamak Wanita Mesir-1930M-Terjemahan).

Selepas kusyukuri result exam yang keluar pada 1 Disember lalu, tiba-tiba ku terlihat satu tajuk buku melalui e-book iaitu “TABARRUJ” @ ber ‘Make Up”. Boleh ke seorang muslimah bermake-up?? Even bedak sikit2 je..untuk nampak kemas..ermmm

Didalam buku ini dinyatakan, ada di kalangan manusia yang menganggap bahawa bersolek adalah satu tradisi bagi golongan wanita. Oleh itu sekiranya seorang perempuan melengkapkan dirinya dengan berbagai-bagai fesyen pakaian, dan beraneka jenis alat solek di badan, tidaklah menjatuhkan imej dan moralnya, dan tidak pula membangkitkan keinginan setiap mata yang memandang……!

Pemikiran dan dakwaan ini sudah menyeleweng jauh dari logik dan kebenaran. Adakah syahwat setiap manusia itu terbatas? Umpamanya seorang suami yang berdepan dengan wanita yang lain selain dari isterinya, apakah perasaan syahwatnya tidak akan beraksi? Jika perkara ini benar-benar berlaku, nescaya perceraian dan pengkhianatan rumahtangga dalam masyarakat tidak akan berlaku sama sekali. Sebagai ringkasnya, apakah anggapan ini semua betul……..?

Allah s.w.t telah menciptakan manusia dengan seindah-indah kejadian. Kaum wanita diciptakan sesuai dengan sifat keperempuanan dari segi jasmaniah dan naluri. Oleh itu kenapakah kaum wanita rela menukarkan dari rupa paras yang normal kepada wajah yang berlainan dari yang asal. Apakah mereka belum berpuas hati dengan kejadian naluri yang ada pada mereka….?

Seorang sasterawan Perancis yang terkenal berkata: “Secantik-cantik seorang gadis ialah yang tidak menyedari kerupawanannya”. Si cantik manis lagi rupawan tidak akan berhajat kepada segala alat-alat solek kerana ia sudah berpuas hati dengan apa yang ada padanya. Tetapi kenapakah masih ada yang berpura-pura menampakkan kejelitaannya andainya ia tidak memiliki kecantikan seindah orang lain. Muka yang berkerut dan berbintil-bintil ditempel bedak. Bibir yang pucat digincu. Rambut yuang pendek bagai wanita Habsyi ditambah dengan ciptaan palsu. Yang panjang dipendekkan hingga sukar dikenali jantinanya. Buah dada yang kempes disarungkan dengan coli yang besar lagi tajam. Apakah dari tindakan yang kamu ada-adakan ini semua boleh menguntungkan?

Sebenarnya pemuda yang siuman lebih mengerti manakah gadis yang asli dan manakah pula gadis celupan. Walaupun ditampal dengan seribu jenis alat solek, namun rugi di dunia dan di akhirat. Di dunia, kamu ditertawakan atau dipermain-mainkan orang, sedangkan di akhirat pula, kamu pasti menerima siksaan.

Si pesolek tidak ubah seperti kanak-kanak. Sukakan pakaian yang baru-baru dan moden. Tapi untungnya, kanak-kanak tidak membazirkan masa berjam-jam di hadapan cermin. Malangnya, kakak-kakak yang telah dewasa melakukan ini semua. Berjam-jam masa dihabiskan di hadapan cermin. Mereka ini sudah pandai menilai kecantikan tubuh kononnya. Andainya diletakkan fesyen ini ke badan, semakin bergayalah, dan jika dibedak semakin berserilah wajah yang sedia ada? Kepastian ini dapat dijawab oleh cermin di hadapannya. Jika tak puas dilihat di rumah, bukankah ada cermin mini yang tersedia ada di dalam beg tangannya? Sungguh aneh, di zaman ini pun terdapat sesetengah siswazah yang terikut-ikut dengan suasana dan keadaan. Mereka juga bermake-up dan berpakaian seperti orang yang tidak berpelajaran. Maka akibatnya bukankah sama….?? Ini dapat kita perhatikan dari firman Allah yang bermaksud: “…..Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikut hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikit pun. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim” (al-Qasas: 50)

Duhai belia-beliawanis Islam! Andainya pakaian dan tingkah laku anda tidak ada bezanya dengan penari-penari di kelab malam, atau pakaian kamu sama sahaja dengan pakaian wanita-wanita yang tidak beriman, di manakah letaknya bukti dan di manakah letaknya keperibadian sebagai wanita Islam? Iman terletak di hati sudah tentu tidak dapat dilihat. TETAPI penzahiran keimanan dapat dilihat dari amalan dan pakaian serta tingkah laku.

Siksaan yang lebih dahsyat akan diberikan kepada wanita terpelajar andainya mereka tidak menghayati apa yang mereka pelajari. Penjelasan tersebut dapat dilihat dalam firman Allah yang bermaksud: “Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa. Dia mendengar ayat-ayat Allah yang dibacakan kepadanya, kemudian dia tetap menyombong diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri khabarlah dia dengan azab yang pedih” (al-Jathiah: 7-8)

Dan firmanNya yang lain yang bermaksud: “Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan bagi perempuan mukminat, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya, maka dia telah sesat yang nyata” (al-Ahzab: 36).

Beginilah situasi hidup manusia semua kiranya hidup dikuasai nafsu, suruhan yang baik dirasai bagai hempedu, maksiat terkutuk disangkakan madu. Manusia begini terdapat dalam firman Allah yang bermaksud: “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya dan meletakkan penutup pada penglihatannya. Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah. Maka apakah kamu tidak mengambil pengajaran?” (al-Jathiah: 23).

Masyarakat cuba mengemukakan alasan-alasan dan fakta-fakta berikut:

1. Bermake-up hanyalah dosa kecil
2. Ianya merupakan simbol ketamadunan
3. Tidak sanggup menentang suasana dan keadaan masyarakat sekeliling
4. Faktor utama untuk segera ke jinjang pelamin
5. Ta’at kepada suruhan suami
6. Umur sudah tua, tiada sambutan orang yang melihat
7. Muka dan rupa yang cantik
Wahai wanita-wanita Islam,tidak usahlah kamu semua membazirkan wang yang banyak untuk membeli alat-alat solek. Kemudian menghabiskan masa pula di hadapan cermin. Jika kamu juga berbuat demikian, sudah pasti kamu cuai terhadap sembahyang dan ibadat-ibadat yang lain.

Jangan kamu jadikan diri kamu seperti kebanyakan manusia, sanggup membeli neraka walaupun dengan harga yang paling maksima, tetapi malangnya, tidak terdaya membeli syurga sedangkan harga syurga paling minima. Semua amalan kebaikan tiada bererti jika di samping kebaikan, kejahatan dan kemungkaran masih dikekalkan. Minyak dan air tidak pernah bercantum. Allah memberi penjelasanNya di dalam firmanNya yang bermaksud:
“…..sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari melakukan perkara-perkara yang keji dan kemungkaran….” (al-‘Ankabut: 45).

Rasul s.a.w pula ada bersabda yang bermaksud: “Andaikata sembahyang seseorang kamu tidak dapat menghalang nafsu dari melakukan kemungkaran, maka sudah tidak memberi erti sembahyang yang dikerjakan itu” Begitu juga dengan amalan-amalan yang lain seperti puasa dan sebagainya.

Jelas bagi kita, pesolek sebenarnya tidak mempunyai sifat malu. Sebagai bukti, kembali kita kepada masyarakat di zaman silam. Bukankah manusia di zaman itu berpakaian separuh bogel…? Kaum wanitanya pula mengambil bulubulu binatang dan ukiran-ukiran kayu untuk dijadikan bahan-bahan solek. Sisa-sisa kaum ini masih kedapatan lagi hingga sekarang. Andainya wanita kota berpakaian separuh bogel serta menggunakan alat make-up, di manakah pula jurang perbezaan di antara wanita-wanita kota dengan wanita-wanita primitive yang masih tinggal di hutan? Pelan pakaian pada hemat saya adalah sama, Cuma perbezaannya dari segi teknik dan fesyennya sahaja. Dari fakta-fakta ini semua, jelaslah bagi kita bahawa tuduhan yang dilemparkan kepada mukminat yang menghayati Islam, sama sekali tidak berasas. Ibarat kata “meludah ke langit, timpa batang hidung sendiri”.

Kamu malu berpakaian Islam, tetapi tidak malu berpakaian separuh bogel asalkan fesyen demikian sudah menjadi tradisi di zaman ini. Ibarat kata lain, kamu sanggup merompak hanya semata-mata untuk melahirkan inspirasi kebenaran di hadapan perompak, kamu rela mencapai minuman keras hanya sekadar melayan dan memuaskan penagih-penagih arak…..

Sekiranya kamu lakukan ini semua, bererti kamu seorang yang tidak mematuhi ajaran Islam yang suci. Sampai hati kamu mendahulukan dan melayani kehendak nafsu sesama manusia, sedangkan keredhaan Allah dan suruhanNya kamu abai-abaikan. Bukankah Allah Pencipta diri kamu dan manusia semua…?

Awas…! Dunia ini laksana roda. Hari ini kamu mentertawakan orang lain, tapi mungkin esok, kamu ditertawakan orang pula. Ingatlah, Allah s.w.t ada berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang berdosa adalah mereka yang mentertawakan orang-orang yang beriman dan apabila orang-orang yang beriman lalu di hadapan mereka, mereka mengerdipkan mata mereka” (al-Mutaffifin: 29-30).

Berhati-hatilah wahai puan! Selera lelaki bukan sama. Ada yang sukakan wanita berbadan kurus, berpinggang ramping, sedangkan yang lain pula sukakan wanita bertubuh rendang, atau berkulit kuning. Ada lelaki pula yang terlalu berkemahuan, pantang melihat si hitam manis. Memang benar apa yang dikatakan, “Setiap manusia ada jodoh dan pasangannya”.



Wallahua’lam.. moga Allah permudahkan segalanya atas urusan kita yang menjurus kearah-Nya dalam menegakkan syiar Islam. Wassalam.

P/s: sedikit sebanyak terkena gak batang hidung..huu..

Tuesday, December 2, 2008

~Antara Cinta dan Persahabatan~






ANDAI DI BERI PILIHAN UNTUKKU PILIH ANTARA KEDUANYA..
AKANKU PILIH KEDUA-DUA NYA..
KERNA KEDUA-DUANYA SAMA BERERTI DAN BERNILAI DALAM HIDUPKU..

CINTA..
SATU UNGKAPAN YANG BELUM PASTI AKAN KEINDAHANNYA..
KERANA DI SEBALIK KEINDAHAN ITU..
TERSIRAT SERIBU KEPAHITAN..

PASTINYA KAN MERENTAP KEDAMAIAN JIWA..
BAGI SEORANG PENCINTA SETIA..
TATKALA IKATAN DIUNDANG KEKECEWAAN..:(

NAMUN IA TETAP BETAH MENJEMPUT SETIAP JIWA..
YANG PUNYA HATI DAN PERASAAN..
HAKIKAT YANG TERSIMPAN DI SEBALIK ANUGERAH INI..
TAK TERUNGKAI DENGAN BICARA DIBIBIR..
TAK TERGAMBAR DENGAN LAKONAN..

BEGITU SYAHDUNYA KURNIAAN ILAHI..
LAHIRNYA DARI HATI SEORANG INSAN..
BERAKAL, BEREMOSI, PENYAYANG, DAN BERPERASAAN..

PERSAHABATAN
SUATU IKATAN YANG LAHIR DARI HATI..
KEINGINAN YANG IKHLAS..
BAGI BERKONGSI TANGIS, TAWA, KASIH SAYANG SERTA KEAKRABAN..
SESUNGGUHNYA SAHABAT ADALAH TEMPAT BICARA SETULUSNYA..
TENTANG IMPIAN DAN PENGERTIAN HIDUP INI..

PERSAHABATAN YANG MURNI DAN SUCI..
ADALAH SEBUAH PERHUBUNGAN YANG DISULAMI DENGAN BENANG KEJUJURAN..
DIWARNAI DENGAN KEIKHLASAN..
DICURAHI DENGAN KASIH SEJATI..
SEKIRANYA MENJADI GUNTING DALAM LIPATAN..
ROBOHLAH TEMBOK KELUHURAN SEBUAH PERSAHABATAN..

TEMAN YANG BUDIMAN..
MENGERTILAH MAKSUDKU INI..
SESUNGGUHNYA INILAH YANG TERSIMPUL DI HATI KECILKU INI..
SEJAK PERKENALAN KITA..

KITA BINA TUGU PERSAHABATAN..
YANG DIPAGARI BESI KEDEWASAAN..
YANG TEGUH BERDIRI DI LAMAN HATI..
MOGA SEGALANYA DILIMPAHI RAHMAT KASIH ILAHI..

Sunday, November 9, 2008

menanti ke garisan akhir..


esok 2 paper menanti..
moga dipermudahkan Allah untukku jawab all questions..
Insyallah..
xsabarnya..

Friday, October 24, 2008

فبأىِّ ءالاءِ ربكما تكذّبانِ ~

..

~sedikit kekuatan dikala kelemahan~

Dunia hanya tempat persinggahan, tiada satu akan abadi selamanya,
Melainkan Dia Yang Esa..
Setiap yang berlaku didunia adalah ujian dari Allah untuk hambaNya yang dikasihi..
Mereka yang mengaku beriman takkan lepas dari kehendakNya..

Ya Allah,
kumohon diberikan kekuatan Ya Allah..
sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu...

Bg orang yang beriman,kembali kepada Allah adalah sebaik2 jalan untuk membina kekuatan..
Sesungguhnya dengan mengigati Allah itu, jiwa2 akan menjadi tenang..(ra'du):23

Ad-Dunya sijnul mu'min wajannatul kafir..

Wednesday, October 15, 2008

Duhai Hati..

Wahai sang pemilik jiwa!!..

Janganlah engkau menitiskan airmata.. Seandainya engkau ditimpa dugaan.. Gantikan dengan senyuman manis di bibirmu..

Ketahuilah..
Di antara hamba-Nya yg cinta pd Allah..
Ialah yang sentiasa redha dan bersabar di atas dugaan dari-Nya..
Setiap yang kita terima.. Pastinya ada hikmah yg tersembunyi..
Mungkin kita tidak pernah terfikir mengenainya..

~UKHWAH LILLAH~

Friday, October 10, 2008

~PERnaHKAH KITA FikiRKAn~

Beberapa hari dulu, macam biasa pergi kelas rise and spread of Islam..seronok sebab banyak input2 menarik dari ustaz Ghani. Awalnya belajar tentang Islam di zaman Abu Bakar. biasela, salin note, tulis2 etc..

Then ustaz cerita tentang kekuasaan Allah S.W.T yang kita mungkin tak kan fikirkan secara mendalam..hermm...ape ye? tentang sungai dan laut..kenapa plak dengan sungai dan laut ni?? ermmm..

Bila tengok keindahan laut yang terbentang luas, alangkah damainya jiwa, tenangnya fikiran, lapangnya hati...bila tengok kejernihan sungai, sangat mempesonakn hati...itulah anugerah Allah kepada manusia, tapi biasala, manusia tak pernah bersyukur, tak pernah rasa cukup dengan kurnianNya..Masyallah..

sungai dan laut terpisah ditengah2 dan masing2 mempunyai rasa yg berbeza. rasa natural dan masin..pelik kan, sumber yang sama tapi berlainan rasa..kat mana plak sempadan perpisahan antara sungai dan laut tu..WallahuA'lam...

kejadian sungai dan laut ini deceritakan oleh Allah dalam surah an-naml ayat 61..

"and He has set a barrier between the two seas (of salt and sweet water)"

>bagi translate in English la<

So,sebagai seorang yg beriman kepada Allah s.w.t, kesyukuran kepada Allah Taala adalah tunjang untuk kita menjadi lebih beriman kepadaNya selain mengingatkan diri kita bahawa kita semua adalah hamba yang sangat lemah dan hidup menumpang di dunia ini. Insyallah, sama2 kita melakukan perubahan..Ilalliqa'

"kesusahan bukan semuanya seksaan, dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun, tetapi lebih bermakna dari kesenangan yang terus menerus"..

Thursday, September 25, 2008

~LeMahNya DiRi Ini~


Lemahnya diri ini
Baru sikit Allah meng
uji
Sudah rebah tak mampu berdiri

Lemahnya diri ini
Baru saja
bayu dunia menyapa pipi
Sudah melayang tak sedarkan diri

Lemahnya diri ini
Baru sekelumit
keindahan wajah diberi
Sudah mula lupa diri

Lemahnya diri ini
Baru sikit
kejayaan diberi
Sudah lupa siapa yang beri

Lemahnya diri ini
Baru sikit
buat kebaikan
Riak dan ujub bersorak riang

Lemahnya diri ini
Bila suatu
kebajikan dimulakan
Tak berdaya nak teruskan
Tiada istiqamah dalam amalan

Lemahnya diri ini
Baru
diuji dengan seorang lelaki/wanita
Iman sudah bisu menyepi
Nafsu pula mengawal diri

Lemahnya diri ini
Jalan
dakwah kata nak tempuhi
Baru saja melangkah kaki
Beberapa tapak sudah berhenti

Lemahnya diri ini
Nikmat anugerah Ilahi
Biar sudah tak terhitung lagi
Tapi masih lupa mensyukuri

Lemahnya diri ini
Asyik
lagha dengan urusan duniawi
Tak pernah khuatir amalan diterima
Atau dipaling

Lemahnya diri ini
Bagaimana nak sahut
seruan jihad?
Baru sikit dilukai
Sudah menangis meratapi

Lemahnya diri ini
Lupa matlamat
lupa syari’at
Terkejar-kejar yang tak pasti
Leka dibuai syaitan terlaknat

Lemahnya diri ini
Asyik ketawa tak kering gusi
Lupa menangis mengingat MATI…

Ya Allah… Lemahnya diri ini.. Kami pohon kekuatan daripadaMu Tuntunilah langkah kami Biar hanya mampu merangkak Itu pasti lebih baik Daripada terus rebah dalam kaku Berikan kami peluang Merentasi jalan yang Engkau redhai Ampunilah kekhilafan semalam Atas kejahilan kami mengenal makna Kasih sayangMu...Ya Rabbal’alamin.

Wednesday, September 24, 2008

~Lailatul Qadr~


Lailatul Qadr yaitu suatu malam yang penuh kemuliaan, kebesaran, karena pada malam itu permulaan turunnya Al Quran.

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa Nabi saw. bermimpi melihat Bani Umayyah menduduki dan menguasai mimbarnya setelah beliau wafat. Beliau merasa tidak senang karenanya. Maka turunlah S.108:1, dan S.97:1-5) untuk membesarkan hati beliau.
(Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan al-Hakim dan Ibnu Jarir yang bersumber dari al-Hasan bin Ali.)

Keterangan:
Al-Qasim al-Hirani menyatakan bahwa kerajaan Bani Umayyah itu ternyata berlangsung tidak lebih dan tidak kurang dari 1000 bulan. Menurut at-Tirmidzi, riwayat ini Gharib sedang al-Muzani dan Ibnu Katsir menyebutnya sangat munkar.

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa Rasulullah saw. pernah menyebut-nyebut seorang Bani Israil yang berjuang fii sabilillah menggunakan senjatanya selama seribu bulan terus menerus. Kaum muslimin mengagumi perjuangan orang tersebut. Maka allah menurunkan S.97:1-3, bahwa satu malam lailatul qadr lebih baik daripada perjuangan Bani Israil selama 1000 bulan.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dan al-Wahidi yang bersumber dari Mujahid.)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa di zaman Bani Israil terdapat seorang laki-laki yang beribadah malam hari hingga pagi dan berjuang memerangi musuh pada siang harinya. Perbuatan itu dilakukan selama seribu bulan. Maka Allah menurunkan S.97:1-3 yang menegaskan bahwa satu malam lailatul qadr lebih baik daripada amal 1000 bulan Bani Isra'il tersebut.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yang bersumber dari Mujahid.)

Thursday, September 18, 2008

~exam duniawi lilukhrawi~





Alhamdulillah..
hari ni selesai dua midterm; islam in the malay world dan rise and spread of islam...
meniti persiapan nak exam..bilik mesti serabut dengan kertas,kepala mesti berselirat dengan macam2 information...
sure punye..
pagi2 boleh bangun awal nak baca buku..sanggup buka mata besar2 tahan mengantok..
isy2..kuat sungguh..

tapi hairan sungguh manusia ni..
bila discuss pasal persiapan menuju akhirat,semua tutup mata,pekakkn telinga and so on..
ermm...kalaulah mereka itu tahu berfikir..
dengar ada sorang sahabat cakap kat masjid tadi usai azan,", jom kita solat sendiri la nak? cepat sikit siap." kalaulah dia tahu betapa besarnya hikmah di sebalik jemaah 2...
Masyallah..
Allah kata" wal a~khirotu khorul laka minal u-la"(dhuha:4) dan disebabkan itu kita sebagai muslim mesti dengar ape yg Allah pesan "fastabiqul khairot" ..
tapi jangan fully tinggalkn dunia..macam yang Allah kata"wab taghi fi maa ata kallahu fiddarul akhiroh, wala tansa nasibaka minad dunya"(Qasas: 77)

Waallhua'lam..
Al-Faqiroh Ilallah..

Wednesday, September 17, 2008

Membina Kekuatan..

Sedar tak sedar dah tinggal separuh bulan Ramadhan akan meninggalkan kita..
ada tak kita nilai semula tahap ibadah kita untuk ramadhan kali ini??
Rasa diri ini tarlalu kerdil untuk menghitung setiap amalan yang ada..
terlalu sedikit..MasyAllah..

terlalu banyak pengaruh dunia yang jadikan diri ini lalai dalam mengingati-Nya..
Ya Allah..ku mohon MaghfirahMu Ya Allah..
Hitunglah peribadi..
Muhasabahlah diri..
Moga Menjadi Mu'min sejati...

SAbda nabi S.A.W:
"Kun fiddunya ka annaka Ghoribun au 'abirussabil"

-jadiknlah dunia ini sepertimana kamu sebagai orang asing atau orang yang sedang melintas jalan-

Monday, September 8, 2008

~Amanat Jiwa~

Wahai jiwa Yang tenang..
Basahkah bibir dengan zikrullah?
kayakah hati dengan Kalamullah??
ASTAGHFIRULLAH..ASTAGHFIRULLAH..

sampaikan padaku MaghfirahMu Ya Allah..
Terangi Hati ini dengan Nuur Mu Ya Allah..
Ku Sujud menyembah padaMu..
Ku Menyesal..

Wahai diri yang lalai..
Dimanakah Pandanganmu tertumpah?
dimanakah langkahmu terarah?
LAA IlAHA ILLALLAH..
Ku bertaubat Ya ALLAH..

Ya Allah..
limpahkan kembali kasihMu..
pada hati yg penuh dosa ini..
Ku Mohon Ya Allah...
sebelum mata ini terpejam..

Monday, September 1, 2008

JODOH???


Allah berfirman : “Dan di antara tanda-tanda kekuasaaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”
(Surah Ar-Rum: 21)

Dalam kehidupan masyarakat, perkahwinan dan pernikahan sangat diperlukan. Tujuannya adalah untuk meneruskan kehidupan umat manusia di bumi ini. Perkahwinan merupakan fitrah bagi setiap makhluk Allah dan menjadi asas bagi melanjutkan bahtera kehidupan.
Seringkali kita mendengar ungkapan: jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan. Pendapat ini baik kerana ia dapat mendidik manusia dengan sifat Qana’ah (bersyukur dengan apa yang ada) tetapi, wujud pula manusia yang terlalu cepat menyerah kepada takdir, tanpa sebarang usaha. Beberapa pendapat tentang jodoh :

1- JODOH SEBAGAI TAKDIR
“Jodoh di tangan Tuhan, manusia mesti menerima jodohnya, baik ataupun buruk.” Pendapat ini sangat besar pengaruhnya dan berkembang luas dalam masyarakat, tapi sayang pendapat ini kurang tepat. Jika pendapat tersebut hanya bermaksud: “Jodoh di tangan Tuhan maka akan ada kebenarannya. Tetapi ayat yang seterusnya terkeluar dari hakikat sebenar.
Kekeliruan yang nyata sebagai bukti lemahnya pendapat itu seringkali kita dengar, “Sudah takdir Tuhan, jodoh saya tak panjang.” Daripada pendapat itu, adakah Tuhan bersalah memutuskan hambanya? Hakikat sebenarnya, siapa yang memutuskannya.

2- MENCARI JODOH
“Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus beriktiar mencari dan memimilihnya.” Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh.

3- BERIKHTIAR DAN BERTAWAKAL
“Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan.”
Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dalam memilih jodoh. Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti :
a. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkawinan berlangsung atas persetujuan anak.
b. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.
c. Anak lelaki atau perempuan mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.
d. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.
Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut.
Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi, masalah memilih jooh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua. Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam.

Walaupun perasaan cinta dan kasih sayang merupakan fitrah dari Allah, tetapi kiat perlu sedar bahawa keabadian cinta itu tidak diperolehi sebagai satu anugerah tanpa diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Sikap berhati-hati dalam menentukan pilihan untuk pasangan hidup merupakan ciri khas dari insan budiman. Sekiranya salah membuat pilihan, bererti sepanjang hayar menanggung penyesalan sikap memilih dan ingin dipilih adalah hak bagi setiap manusia.

Wednesday, August 27, 2008

Apa Ada Dengan Cinta ?







Cinta kurniaan Ilahi mengapa mesti dibenci? Yang harus dibenci dan dihindari ialah kepalsuan, bukan cinta. Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam.


Oleh itu, kejarlah cinta seperti kau mengejar masa, dan apabila kau sudah mendapat cinta itu, jagailah ia seperti kau menjaga dirimu, sesungguhnya cinta itu kurniaan Tuhan Yang Maha Agung.


Sesuatu percintaan yang terjalin di antara dua insan itu tiada ada kemesraan atau kemanisannya sekiranya sentiasa membayangi akan kemusnahan, kekecewaan dan kehancuran. Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka, barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak.


Juga bencilah terhadap orang yang kau benci itu sekadarnya belaka barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti. Menerima cinta dari seseorang secara terburu-buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun.



Cinta adalah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak bertemu. Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga.


Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga. Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya. Usah gembira pada kelahiran cinta pertama.


Jua usahlah menangis di awal kegagalan kerana kekeliruan seimbang pertemuan dan perpisahan. Kebahagiaan tidak semestinya kekal abadi. Pergaulan di antara lelaki dan perempuan pada hari ini diibaratkan seperti minyak dengan api, apabila tersentuh maka maraklah ia.



Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita -cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita dan sebelum mengenal cinta, kenallah dahulu cita-cita. Cinta yang terselit pendustaan ibarat kehidupan yang bercampur gaul dengan penghinaan. Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda kecewa. Cinta seperti ini adalah cinta yang mengharapkan belas kasihan, sebab itu bila sepi telah punah maka selalunya cinta juga akan turut terbang.



Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata untuk memiliki sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran serta perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda. Cinta kepada wanita itu ertinya alam, kepada harta ertinya bakhil, kepada diri sendiri ertinya bijaksana dan cinta kepada Tuhan ertinya takwa.



Dalam percintaan kamu janganlah kamu kesali perpisahan tetapi kesalilah pertemuan kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan. Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.


Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian semata-mata. Cinta adalah penyakit manakala perasaan adalah kumannya. Perkahwinan pula merupakan ubat penawarnya. Ibaratkanlah kehilangan cinta itu umpama hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi dan harus dilupakan. Cinta tidak selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta.



Hadiah Terbaik Kepada kawan - Kesetiaan Kepada musuh - Kemaafan Kepada ketua - Khidmat Kepada yang muda - Contoh terbaik Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan. Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan


Tuesday, August 26, 2008

Banyak Ketawa Mati Hati


(RENUNGLAH SEJENAK WAHAI KWNKU SEKALIAN WALAU HANYA 5 SAAT)

SUKA DAN DUKA BEGITULAH WARNA KEHIDUPAN MANUSIA.

KITA MENANGIS DAN BERHIBA APABILA BERADA DALAM DUKA DAN DERITA.DAN KITA KETAWA JIKA RIANG DAN BEROLEH SEGALA YG DIINGINKAN.

MEMANG BEGITULAH MANUSIA.ISLAM PN TDK PERNAH MELARANG UMATNYA YG MAHU MENYATAKAN RASA KEGEMBIRAAN MEREKAN DGN KETAWA.

NAMUN SELARAS SEBAGAI AGAMA UNGGUL YG SARAT DGN PELBAGAI ADAB DAN DISIPLIN,ADA BATAS KETAWA YG HARUS DIPATUHI.

INI BKNLAH SUATU KONKONGAN SEBALIKNYA MENJADI PANDUAN AGAR ORG ISLAM TAK DIPANDANG RENDAH MARTABATNYA OLEH BUKAN ISLAM.ALLAH BERFIRMAN YG BERMAKSUD:"MAKA HENDAKLAH MEREKA TERTAWA SEDIKIT DAN MENANGIS DGN BANYAK"(AT-TAUBAH:82)

RASULULLAH S.A.W PERNAH BERSABDA Y BERMAKSUD:"DAN JGNLAH KAMU BYK KETAWA KRN BYK KETAWA ITU MEMATIKAN HATI"(RIWAYAT AHMAD DAN AT-TIRMIZI)

HATI YG SUDAH MATI,AKN MEMUDAHKAN SYAITAN MENAKLUKI DAN MENERAJUI DIRI,SETERUSNYA AKAN MMBAWA INDVIDU KE LEMBAH HINA DAN MENYELEWENG DRP LANDASAN KEBENARAN.

JIKA HATI SUDAH MATI,PUNAHLAH KEPERIBADIAN MANUSIA.MALAH JIKA HATI SUDAH ROSAK,MAKA BINASALAH MARUAH DIRI.

SEMENTARA SEORANG ABID,ABDULAH BIN ABI YU'LA PERNAH BERKATA."ADAKAH KAMU MASIH BERGELAK KETAWA SEDANGKAN KAIN KAFANMU SUDAH PUN DIKELUARKAN DR ISTANA ALLAH:


MAKA WAHAI KAWAN2KU SEKALIAN MARILAH KITA SAMA2 MUHASABAHKAN DIRI.KETAWALAH SEBAGAI SUATU PENYATAAN KESYUKURAN TTP JGN SAMPAI MEMATIKAN HATI!