Showing posts with label muhasabah... Show all posts
Showing posts with label muhasabah... Show all posts

Monday, October 5, 2009

Sepi sekeping hati...




BISMILLAH..

Beberapa hari sudah, seorang sahabat bertanya padaku, "mcamane nk hilangkan tekanan yang kita hadapi". Ermm..hatiku berkata, nampaknya dia sedang hadapi situasi yang menyebabkan dia tertekan, dalam situasi ini, dia betul2 perlukan kata2 yang boleh menyuntik semangatnye untuk bangun semula. Bagaimana ku mahu menolongnya sedangkan hatiku juga gundah gulana. tetapi tidak ku nampakkan padanya tentang itu. Aku mendengar luahannya..

Nasihat pertamaku kepada diri sendiri dan dia adalah kembali kepada Allah. Kerana Dialah yang memberi segalanya..ujian,dugaan,mehnah, smuanya dari Dia..dan Dia tahu kita mampu mengatasinya..LAA YUKALLIFULLAHU NAFSAN ILLA WUS'AHA...mengadulah pada Dia, mintaklah apa yang kita mahu dari Dia..
kerana Dia amat memahami kita..kerana kita adalah ciptanNya..

kita hidupkan semula sunnah2 yang ditinggalkan, dan bertaubat dari dosa2 sebelum tertutupnya pintu taubat...Ingatlah bahawa, apabila kita berseorangan, Allah bersama kita, apabila kita menangis, Dia terlebih dahulu mengesat air mata kita dengan khabar2 gembira...Hiduplah kerana ALLAH...nescaya akan tenang sekeping hati...

فاذكروني أذكركم

Monday, May 18, 2009

~islah diri~





salam alaik...

dah lama rasanya tidakku coretkan bait kata2 dalam ruangan ini, kenapa ntah, mood utk menulis dan menilai sekeliling kadang2 hilang, mungkin dari diri yang sedang mencari sesuatu, "pengislahan diri"..

Muhasabah dan islah amat penting dalam hidup. Hidup yang penuh dengan onak duri yang kadangkala menikam diri sendiri sehingga boleh membawa kepada kemusnahan pada diri sendiri. Apabila kita bermuhasabah dengan persoalan pd diri kita; "apa matlamt hidup aku", "aku nak apa sebenarnya ni", "apa dosa aku dah buat harini"...etc, semua ini akan membawa kita kepada pengislahan diri dan juga salah satu cara untuk menyedarkan diri kita bahawa dunia ini hanya satu tempat yang amat menakutkan..fuh..

Berhati2lah dengan fitnah dunia duhai manusia..
Dunia hanyalah tempat persinggahan dan sebenar2 tujuan kita hanyalah akhirat semata-mata...
Tidakkah kita sedar semua ini..MasyaAllah..
Bangunlah wahai kalian..
Kiamat hampir tiba,
Bersediakah kita menghadapi segalanya,
Bertemu Allah, menerima balasan atas perbuatan baik dan buruk, dn sebagainya seperti yang diceritakan dalam Al-Quran..
bergembiralah kamu wahai orang yang beriman, menerima balasan syurga dari Allah di akhirat kelak...
Insyallah...

Tuesday, April 28, 2009

~bersediakah kita~




Hari demi hari seringkali kita dengar tentang kematian...bagi insan yang mengenali si mati, pastinya kesedihan menyelubungi sanubari, terbayang kenangan indah sewaktu bersama menempuhi alam dunia yang sangat melalaikan(jika disalahguna)...huh..betapa lemahnya jiwa ini tanpa iman...oh iman, bantulah aku menempuhi rona liku alam yang bisa melemaskan aku ini...

benarlah kata manusia, kita hanya akan dihargai bila kita hilang di pandangan seseorang..,
benarlah ia, kita akan menghargai seseorang, bila dia tiada disisi kita.. segala yang indah bersama terlukis di fikiran..terbayang diingatan, sedangkan semuanya sudah tiada guna...kerana yang pergi tetap pergi..tiada kembali lagi...

penyesalan tiada gunanya..andai selama hidupnya kita tiada menghargainya..hanya kemarahan, kedengkian, dan keburukan yang dilihat pada orang lain..itulah bayangan syaitan sebenarnya..yang menjanjikan kekufuran kepada keturunan adam...binasalah syaitan la'natullah...

ALLAHUMMA IKHTIM LANA BIHUSNIL KHATIMAH..WALA TAKHTIM LANA BISUUIL KHATIMAH..

Duhai sahabat, duhai teman,
andai diri ini terlalu banyak salah dan silap,
maafi diri ini,
kerana tiada siapa yang tahu bila tibanya masa kita,
mengadap Yang Maha Esa,
tiada siapa yang tahu,
bila mata ini terpejam...

MAHABBAH FILLAH..

Sunday, March 29, 2009

Kecemerlangan hakiki duniawi ukhrawi



Pada semua kawan2 yg nak cemerlang..,sy pn nk jugak..)

Allah berfiman yg bermaksud:
185. tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya. (surah al-imran)

Tak lama lg exam akan menyibukkan diri kita dengan buku2 dan nota2 satu sem ni. Otak pun jadi berputar-putar, mata lebam akibat x ckup tidur, makan pun xtentu,etc..tu la tanda orang kuat study (ye ke ?)..ermm

Nak dapat result cemerlang dalam university kena la menepati piawaian yang ditetapkan university atau institusi tertentu, ikut skema, ada prove utk jawapan banyak huraiannya, etc…barulah kita boleh dapat dean list kn..

Tapi kecemerlangan yang kita dapat didunia ini tanpa disedari hanyalah bersifat sementara yang mana bila kita ingat pada semua kejayaan2 dan kecemerlangan yang kita perolehi, sehingga kita boleh pakai kereta besar, rumah besar dan smuanya besar2, ia akan menyebabkan kita lupa kepada yang memberi smua perkara yg besar2 tu…iaitu Allah Taala…Masya Allah…

Dalam ayat diatas, Allah menyatakn bahawa kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang mempedayakan (ghurur). Tetapi Islam tidaklah bermaksud memandang kecil kecemerlangan yang kita kecapi didunia. Kecemerlangan di dunia bermakna apabila ia menjadi alat bagi kecemerlangan di akhirat. Dan kecemerlangan hakiki untuk akhirat adalah syurga.

Smua org gembira apabila sebut pasal syurga, smua org nak msuk syurga. Tapi, seperti mana ada nya piawaian university untuk student supaya pass exam, mcam 2 la jugak ada nya piawaian untuk seseorang tu masuk syurga, kerana syurga itu milik Allah dan Dia menetapkan piawaiannya…bukan begitu??

Umat Islam hanya akan mengetahui piawaian ini menerusi al-Quran dan dibantu oleh sunnah Rasulullah S.A.W. tapi kalau Quran pun bukak sminggu skali, macam mana nak tepati piawaian 2??? Consequence; -FAILED-

Time exam bukak note lebih 10 kali sehari, nk bg ingat…tp al-Quran???

Time exam berjaga malam siapkan diri untuk exam…solat malam, ikut sunnah,ada???

Nak pegi exam, msuk pkul 8.30, pkul 7 dah ad kat dewan, very punctual….tapi wktu solat,punctual???
Piawaian university dipatuhi…piawaian Allah Taala???

Marilah kita sama2 bermuhasabah…

Kepada diri sendiri dan sahabat2..kita jadilah insan yang betul2 cemerlang dunia dan akhirat…moga segalanya dipermudahkan Allah…

HAZZIN NAJAH KULLUKUM…jaga diri, jaga kesihatan,..salam mahabbah fillah..

Tuesday, August 26, 2008

Banyak Ketawa Mati Hati


(RENUNGLAH SEJENAK WAHAI KWNKU SEKALIAN WALAU HANYA 5 SAAT)

SUKA DAN DUKA BEGITULAH WARNA KEHIDUPAN MANUSIA.

KITA MENANGIS DAN BERHIBA APABILA BERADA DALAM DUKA DAN DERITA.DAN KITA KETAWA JIKA RIANG DAN BEROLEH SEGALA YG DIINGINKAN.

MEMANG BEGITULAH MANUSIA.ISLAM PN TDK PERNAH MELARANG UMATNYA YG MAHU MENYATAKAN RASA KEGEMBIRAAN MEREKAN DGN KETAWA.

NAMUN SELARAS SEBAGAI AGAMA UNGGUL YG SARAT DGN PELBAGAI ADAB DAN DISIPLIN,ADA BATAS KETAWA YG HARUS DIPATUHI.

INI BKNLAH SUATU KONKONGAN SEBALIKNYA MENJADI PANDUAN AGAR ORG ISLAM TAK DIPANDANG RENDAH MARTABATNYA OLEH BUKAN ISLAM.ALLAH BERFIRMAN YG BERMAKSUD:"MAKA HENDAKLAH MEREKA TERTAWA SEDIKIT DAN MENANGIS DGN BANYAK"(AT-TAUBAH:82)

RASULULLAH S.A.W PERNAH BERSABDA Y BERMAKSUD:"DAN JGNLAH KAMU BYK KETAWA KRN BYK KETAWA ITU MEMATIKAN HATI"(RIWAYAT AHMAD DAN AT-TIRMIZI)

HATI YG SUDAH MATI,AKN MEMUDAHKAN SYAITAN MENAKLUKI DAN MENERAJUI DIRI,SETERUSNYA AKAN MMBAWA INDVIDU KE LEMBAH HINA DAN MENYELEWENG DRP LANDASAN KEBENARAN.

JIKA HATI SUDAH MATI,PUNAHLAH KEPERIBADIAN MANUSIA.MALAH JIKA HATI SUDAH ROSAK,MAKA BINASALAH MARUAH DIRI.

SEMENTARA SEORANG ABID,ABDULAH BIN ABI YU'LA PERNAH BERKATA."ADAKAH KAMU MASIH BERGELAK KETAWA SEDANGKAN KAIN KAFANMU SUDAH PUN DIKELUARKAN DR ISTANA ALLAH:


MAKA WAHAI KAWAN2KU SEKALIAN MARILAH KITA SAMA2 MUHASABAHKAN DIRI.KETAWALAH SEBAGAI SUATU PENYATAAN KESYUKURAN TTP JGN SAMPAI MEMATIKAN HATI!