Showing posts with label islah diri. Show all posts
Showing posts with label islah diri. Show all posts

Sunday, June 21, 2009

BEGINILAH AL-QURAN MENGAJAR KITA,




Fokusku kali ini adalah berkisar tentang kepentingan berteman dengan al-Quran kemana dan dimana jua kita berada. Ermm..mungkin setengah orang akan berkata, “Asyik pasal ni je, xd benda lain ke”. Itulah hakikat yang nyata, tentang manusia yang selalu lupa, apabila diajarkan sesuatu perkara, time 2 je ingat,keluar dari situ…mcam kosong je..ermmm..kerana itulah kita perlu dan mesti selalu diingatkan.

Teringat masa menjadi fasi kem ibadah di Palong, ada satu slot dalam LDK, setiap group diberikan beberapa barang dan syaratnya ialah, setiap peserta tidak dibenarkan bertanya kepada fasi apa yang perlu dibuat dengan barang2 tersebut, fasi pun tidak dibenarkan menolong para pesrta. So terserah pada mereka…ermmm…hasilnya…pelbagai macam benda mengarut dicipta,sakit perut ketawa..hehe.memang best.

At first diorang pelik jugak kenapa buat macam ni, then kami terangkan lah, bagaimana jika Allah memberikan sebuah kitab (Al-Quran), tanpa ada sesiapa yang mengajarkannya?? Apa yang diorang jawab?? Sesat, xthu nak buat ape dengan kitab tu, pelbagai perkara mengarut akan dicipta…haaa..tahu pun, itulah pentingnya mencintai Rasulullah S.A.W, sebagai messenger of Allah..dan beginilah Allah memberi petunjuk dan mengajar kepada kita what is right and wrong in our life. Beginilah al-Quran mengajar kita.

RAJIN MEMBACA TETAPI TIDAK FAHAM, DAN SEDIKIT MEMBACA TETAPI FAHAM


Tadabbur al-Quran atau penghayatan tentang isi al-Quran sangat penting untuk kita mengetahui apakah yang terkandung dalam ayat al-Quran. Yang manakah lebih banyak dapat pahala? Orang yang rajin membaca al-quran tetapi tidak memahaminya, atau orang yang sedikit membaca al-quran tetapi faham maksudnya? Tentulah orang yang banyak membaca al-quran tu kan?? Nabi sendiri ada menyatakan bahawa satu huruf al-Quran sama dengan satu kebaikan, ;

”maksudnya: sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah, maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak kata bahawa Alif Lam Mim satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”. (Riwayat Tarmizi)

Namun, kita dituntut supaya memhami maksud ayat2 al-quran yang dibaca. Para sahabat biasanya mempelajari sekitar sepuluh ayat dengan nabi dan mereka tidak akan melepasi ayat tersebut hinggalah mereka faham dan beramal dengannya. Oleh itu ada yang mengambil masa yang agak lama untuk menghafaz sesuatu surah. Ibn Umar juga menghafaz surah al-baqarah dalam tempoh yang agak panjang.

Daripada Abu Musa al-Asyari r.a katanya, sabda Rasulullah S.A.W, “Bandingan seorang yang beriman yang membaca al-quran laksana buah utrujah, baunya harum dan rasanya sedap. Bandingan seorang yang beriman tetapi tidak membaca al-quran umpama buah tamar, tiada bau tetapi isinya manis, manakala orang munafik yang membaca al-quran ibarat pokok raihanah yang baunya harum tetapi rasanya pahit dan bandingan orang munafik yang tidak membaca al-quran umpama pokok handzolah yang tiada baud an rasanya pahit”. (riwayat bukhari dan muslim).

Monday, May 18, 2009

~islah diri~





salam alaik...

dah lama rasanya tidakku coretkan bait kata2 dalam ruangan ini, kenapa ntah, mood utk menulis dan menilai sekeliling kadang2 hilang, mungkin dari diri yang sedang mencari sesuatu, "pengislahan diri"..

Muhasabah dan islah amat penting dalam hidup. Hidup yang penuh dengan onak duri yang kadangkala menikam diri sendiri sehingga boleh membawa kepada kemusnahan pada diri sendiri. Apabila kita bermuhasabah dengan persoalan pd diri kita; "apa matlamt hidup aku", "aku nak apa sebenarnya ni", "apa dosa aku dah buat harini"...etc, semua ini akan membawa kita kepada pengislahan diri dan juga salah satu cara untuk menyedarkan diri kita bahawa dunia ini hanya satu tempat yang amat menakutkan..fuh..

Berhati2lah dengan fitnah dunia duhai manusia..
Dunia hanyalah tempat persinggahan dan sebenar2 tujuan kita hanyalah akhirat semata-mata...
Tidakkah kita sedar semua ini..MasyaAllah..
Bangunlah wahai kalian..
Kiamat hampir tiba,
Bersediakah kita menghadapi segalanya,
Bertemu Allah, menerima balasan atas perbuatan baik dan buruk, dn sebagainya seperti yang diceritakan dalam Al-Quran..
bergembiralah kamu wahai orang yang beriman, menerima balasan syurga dari Allah di akhirat kelak...
Insyallah...

Sunday, March 29, 2009

Kecemerlangan hakiki duniawi ukhrawi



Pada semua kawan2 yg nak cemerlang..,sy pn nk jugak..)

Allah berfiman yg bermaksud:
185. tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya. (surah al-imran)

Tak lama lg exam akan menyibukkan diri kita dengan buku2 dan nota2 satu sem ni. Otak pun jadi berputar-putar, mata lebam akibat x ckup tidur, makan pun xtentu,etc..tu la tanda orang kuat study (ye ke ?)..ermm

Nak dapat result cemerlang dalam university kena la menepati piawaian yang ditetapkan university atau institusi tertentu, ikut skema, ada prove utk jawapan banyak huraiannya, etc…barulah kita boleh dapat dean list kn..

Tapi kecemerlangan yang kita dapat didunia ini tanpa disedari hanyalah bersifat sementara yang mana bila kita ingat pada semua kejayaan2 dan kecemerlangan yang kita perolehi, sehingga kita boleh pakai kereta besar, rumah besar dan smuanya besar2, ia akan menyebabkan kita lupa kepada yang memberi smua perkara yg besar2 tu…iaitu Allah Taala…Masya Allah…

Dalam ayat diatas, Allah menyatakn bahawa kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang mempedayakan (ghurur). Tetapi Islam tidaklah bermaksud memandang kecil kecemerlangan yang kita kecapi didunia. Kecemerlangan di dunia bermakna apabila ia menjadi alat bagi kecemerlangan di akhirat. Dan kecemerlangan hakiki untuk akhirat adalah syurga.

Smua org gembira apabila sebut pasal syurga, smua org nak msuk syurga. Tapi, seperti mana ada nya piawaian university untuk student supaya pass exam, mcam 2 la jugak ada nya piawaian untuk seseorang tu masuk syurga, kerana syurga itu milik Allah dan Dia menetapkan piawaiannya…bukan begitu??

Umat Islam hanya akan mengetahui piawaian ini menerusi al-Quran dan dibantu oleh sunnah Rasulullah S.A.W. tapi kalau Quran pun bukak sminggu skali, macam mana nak tepati piawaian 2??? Consequence; -FAILED-

Time exam bukak note lebih 10 kali sehari, nk bg ingat…tp al-Quran???

Time exam berjaga malam siapkan diri untuk exam…solat malam, ikut sunnah,ada???

Nak pegi exam, msuk pkul 8.30, pkul 7 dah ad kat dewan, very punctual….tapi wktu solat,punctual???
Piawaian university dipatuhi…piawaian Allah Taala???

Marilah kita sama2 bermuhasabah…

Kepada diri sendiri dan sahabat2..kita jadilah insan yang betul2 cemerlang dunia dan akhirat…moga segalanya dipermudahkan Allah…

HAZZIN NAJAH KULLUKUM…jaga diri, jaga kesihatan,..salam mahabbah fillah..