Sunday, March 29, 2009
Kecemerlangan hakiki duniawi ukhrawi
Pada semua kawan2 yg nak cemerlang..,sy pn nk jugak..)
Allah berfiman yg bermaksud:
185. tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya. (surah al-imran)
Tak lama lg exam akan menyibukkan diri kita dengan buku2 dan nota2 satu sem ni. Otak pun jadi berputar-putar, mata lebam akibat x ckup tidur, makan pun xtentu,etc..tu la tanda orang kuat study (ye ke ?)..ermm
Nak dapat result cemerlang dalam university kena la menepati piawaian yang ditetapkan university atau institusi tertentu, ikut skema, ada prove utk jawapan banyak huraiannya, etc…barulah kita boleh dapat dean list kn..
Tapi kecemerlangan yang kita dapat didunia ini tanpa disedari hanyalah bersifat sementara yang mana bila kita ingat pada semua kejayaan2 dan kecemerlangan yang kita perolehi, sehingga kita boleh pakai kereta besar, rumah besar dan smuanya besar2, ia akan menyebabkan kita lupa kepada yang memberi smua perkara yg besar2 tu…iaitu Allah Taala…Masya Allah…
Dalam ayat diatas, Allah menyatakn bahawa kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang mempedayakan (ghurur). Tetapi Islam tidaklah bermaksud memandang kecil kecemerlangan yang kita kecapi didunia. Kecemerlangan di dunia bermakna apabila ia menjadi alat bagi kecemerlangan di akhirat. Dan kecemerlangan hakiki untuk akhirat adalah syurga.
Smua org gembira apabila sebut pasal syurga, smua org nak msuk syurga. Tapi, seperti mana ada nya piawaian university untuk student supaya pass exam, mcam 2 la jugak ada nya piawaian untuk seseorang tu masuk syurga, kerana syurga itu milik Allah dan Dia menetapkan piawaiannya…bukan begitu??
Umat Islam hanya akan mengetahui piawaian ini menerusi al-Quran dan dibantu oleh sunnah Rasulullah S.A.W. tapi kalau Quran pun bukak sminggu skali, macam mana nak tepati piawaian 2??? Consequence; -FAILED-
Time exam bukak note lebih 10 kali sehari, nk bg ingat…tp al-Quran???
Time exam berjaga malam siapkan diri untuk exam…solat malam, ikut sunnah,ada???
Nak pegi exam, msuk pkul 8.30, pkul 7 dah ad kat dewan, very punctual….tapi wktu solat,punctual???
Piawaian university dipatuhi…piawaian Allah Taala???
Marilah kita sama2 bermuhasabah…
Kepada diri sendiri dan sahabat2..kita jadilah insan yang betul2 cemerlang dunia dan akhirat…moga segalanya dipermudahkan Allah…
HAZZIN NAJAH KULLUKUM…jaga diri, jaga kesihatan,..salam mahabbah fillah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
bismillah~
salam alayk ya ukhti Raudhah...
bitawfiq waannajah fi imtihan...
man jadda wa jadda...
:dri sahabat di UPSI...
syukran ukhti...wa anti aidhon...
In The Name Of Allah..
Ana juga sokong dengan artikel ukhti Raudhah.. Ramai kalangan student kini hanya bina kesempatan untuk study dan terus study.. baca note banyak kali sebab nak ingat semuanya.. Tapi bila baca al-Quran jarang sekali.. Semoga apa yang ukhti sampaikan direnung2kan bersama semua pembaca..
Ana doakan enti berjaya di dunia dan di akhirat.. Istiqamahkan segala usaha ke arah mencapai Mardhatillah.. Jazakallahu khoiran ma'an najah fi kulli imtihan..
Post a Comment