Monday, October 5, 2009
Sepi sekeping hati...
BISMILLAH..
Beberapa hari sudah, seorang sahabat bertanya padaku, "mcamane nk hilangkan tekanan yang kita hadapi". Ermm..hatiku berkata, nampaknya dia sedang hadapi situasi yang menyebabkan dia tertekan, dalam situasi ini, dia betul2 perlukan kata2 yang boleh menyuntik semangatnye untuk bangun semula. Bagaimana ku mahu menolongnya sedangkan hatiku juga gundah gulana. tetapi tidak ku nampakkan padanya tentang itu. Aku mendengar luahannya..
Nasihat pertamaku kepada diri sendiri dan dia adalah kembali kepada Allah. Kerana Dialah yang memberi segalanya..ujian,dugaan,mehnah, smuanya dari Dia..dan Dia tahu kita mampu mengatasinya..LAA YUKALLIFULLAHU NAFSAN ILLA WUS'AHA...mengadulah pada Dia, mintaklah apa yang kita mahu dari Dia..
kerana Dia amat memahami kita..kerana kita adalah ciptanNya..
kita hidupkan semula sunnah2 yang ditinggalkan, dan bertaubat dari dosa2 sebelum tertutupnya pintu taubat...Ingatlah bahawa, apabila kita berseorangan, Allah bersama kita, apabila kita menangis, Dia terlebih dahulu mengesat air mata kita dengan khabar2 gembira...Hiduplah kerana ALLAH...nescaya akan tenang sekeping hati...
فاذكروني أذكركم
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment