Monday, June 22, 2009

Penjelasan Wahabism yang disalah faham..

salam alaik..

isu wahabism di Malaysia semakin popular di bicarakn. Kebanyakan mereka apabila disebut tentang Wahabism, mereka merasa gerun dan takut tanpa mengetahui perkara yang ditakuti dan digeruni tersebut. Pengkhususan dalam sejarah dan tamadun membolehkan sy megetahui sedikit sebanyak perkara yang dulunya menjadi persoalan kepada saya tentang siapakah wahabism sebenarnya.

Wahabism adalah pengikut kepada Muhammad bin Abdul Wahab yang merupakan tokoh mujaddid terkenal di dalam Islam pd kurun ke 18. Beliau memperjuangkan hidup beliau dengan menegakkan ajaran Islam kepada semua umat Islam. Sy mengesyorkan bacaan pd blog seorang akhi yang membincangkan topik ini dengan mendalam, kerana setelah membaca artikel beliau,apa yang diajarkan kepada sy didalam kelas, ISLAH AND TAJDID MOVEMENT IN THE MUSLIM WORLD, sama dengan penulisan beliau. Moga mendapat manfaatnya.

http://opalotus99.blogspot.com/2008/12/penjelasan-wahabi-yg-kita-salah-faham.html

Sunday, June 21, 2009

BEGINILAH AL-QURAN MENGAJAR KITA,




Fokusku kali ini adalah berkisar tentang kepentingan berteman dengan al-Quran kemana dan dimana jua kita berada. Ermm..mungkin setengah orang akan berkata, “Asyik pasal ni je, xd benda lain ke”. Itulah hakikat yang nyata, tentang manusia yang selalu lupa, apabila diajarkan sesuatu perkara, time 2 je ingat,keluar dari situ…mcam kosong je..ermmm..kerana itulah kita perlu dan mesti selalu diingatkan.

Teringat masa menjadi fasi kem ibadah di Palong, ada satu slot dalam LDK, setiap group diberikan beberapa barang dan syaratnya ialah, setiap peserta tidak dibenarkan bertanya kepada fasi apa yang perlu dibuat dengan barang2 tersebut, fasi pun tidak dibenarkan menolong para pesrta. So terserah pada mereka…ermmm…hasilnya…pelbagai macam benda mengarut dicipta,sakit perut ketawa..hehe.memang best.

At first diorang pelik jugak kenapa buat macam ni, then kami terangkan lah, bagaimana jika Allah memberikan sebuah kitab (Al-Quran), tanpa ada sesiapa yang mengajarkannya?? Apa yang diorang jawab?? Sesat, xthu nak buat ape dengan kitab tu, pelbagai perkara mengarut akan dicipta…haaa..tahu pun, itulah pentingnya mencintai Rasulullah S.A.W, sebagai messenger of Allah..dan beginilah Allah memberi petunjuk dan mengajar kepada kita what is right and wrong in our life. Beginilah al-Quran mengajar kita.

RAJIN MEMBACA TETAPI TIDAK FAHAM, DAN SEDIKIT MEMBACA TETAPI FAHAM


Tadabbur al-Quran atau penghayatan tentang isi al-Quran sangat penting untuk kita mengetahui apakah yang terkandung dalam ayat al-Quran. Yang manakah lebih banyak dapat pahala? Orang yang rajin membaca al-quran tetapi tidak memahaminya, atau orang yang sedikit membaca al-quran tetapi faham maksudnya? Tentulah orang yang banyak membaca al-quran tu kan?? Nabi sendiri ada menyatakan bahawa satu huruf al-Quran sama dengan satu kebaikan, ;

”maksudnya: sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah, maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak kata bahawa Alif Lam Mim satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”. (Riwayat Tarmizi)

Namun, kita dituntut supaya memhami maksud ayat2 al-quran yang dibaca. Para sahabat biasanya mempelajari sekitar sepuluh ayat dengan nabi dan mereka tidak akan melepasi ayat tersebut hinggalah mereka faham dan beramal dengannya. Oleh itu ada yang mengambil masa yang agak lama untuk menghafaz sesuatu surah. Ibn Umar juga menghafaz surah al-baqarah dalam tempoh yang agak panjang.

Daripada Abu Musa al-Asyari r.a katanya, sabda Rasulullah S.A.W, “Bandingan seorang yang beriman yang membaca al-quran laksana buah utrujah, baunya harum dan rasanya sedap. Bandingan seorang yang beriman tetapi tidak membaca al-quran umpama buah tamar, tiada bau tetapi isinya manis, manakala orang munafik yang membaca al-quran ibarat pokok raihanah yang baunya harum tetapi rasanya pahit dan bandingan orang munafik yang tidak membaca al-quran umpama pokok handzolah yang tiada baud an rasanya pahit”. (riwayat bukhari dan muslim).

Wednesday, June 10, 2009

Bicara Hati..



ku titipkan madah ini buat hatiku yang kian kelam,

Duhai hati..
dikaulah penyeriku,
kala aku menangis sendirian,
kala diri sepi sendirian,

Aku bersyukur,
atas rahmat Tuhan,
bersama hati yang menemaniku,
dengan hati yang membantuku,
tuk melalui hidup yang penuh kelam dan gersang,

terkadang hati merintih sakit,
terkadang hati mengeluh resah,
menempuh duri-duri jalanan yang menebar luas,
beginilah rupanya kehidupan,

Duhai hati,
ku mohon moga kau sentiasa bersamaku,
memohon maghfirahNya,
menjadi kubu dari syaitan la'natullah.,

Ya Tuhan,
dengarlah rintihan hatiku,
untukku terus hidup kerana Mu..
berikan ku kekuatan Ya Allah...

Alllahumma Yassirna..