Sunday, June 26, 2011

Hafalan dan 'KISMIS MINDA'???




Kalau kita tengok dari situasi semasa, terlalu banyak produk-produk yang dihasilkan untuk kecergasan minda. Kismis minda, pil minda, air minda, dan terbaru, coklat minda. Banyak orang memikirkan dengan memakan anggur kering atau kismis yang telah diberi nama ‘kismis minda’, akan mempermudahkan hafalan mereka. Ada pula yang mengatakan, kebiasaan memakan terung pula boleh mengakibatkan kesulitan dalam hafalan. Tapi sebenarnya, dalam hal ini, kita lupakan pasal masalah kismis dan terung tersebut.

Ini kerana, hal yang sebenarnya membantu hafalan seseorang adalah ketaqwaan kepada Allah. Maka bertaqwalah kepada Allah, nescaya Allah akan memudahkan hafalanmu!! Bagaimana mungkin seorang huffaz yang memakan kismis minda dengan tujuan untuk menguatkan hafalan, tetapi maksiat tetap dilakukan dan larangan Allah tetap diutamakan??

Terkait dengan hal ini, Imam Syafie berkata:
Aku mengadu kepada Waki’ tentang buruknya hafalanku.Dia menasihatiku agar meninggalkan ma’siat. Dia berkata; ilmu adalah cahaya, dan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku ma’siat.


Di edit dari ‘kutaib’ Dr. Aidh al-Qarni; entitled “Menjadi pelajar berprestasi”. 2006.

Thursday, June 23, 2011

Kasih Ibu~Tiada bandingan...

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...

Sambil termenung keseorangan, seringkali ape yang kita terfikir? Ada orang fikir pasal dosa2 dia, pasal kisah silam, pasal dunia dan isinya, pasal akhirat dan macam-macam lagi. Semua yang kita fikirkan akan membawa kita mengenal siapa diri kita. Kalau minda seorang lelaki itu hanya memikirkan tentang seorang wanita, dunianya akan sentiasa dibuai dengan kelalaian membayangkan wanita tersebut. Yang akhirnya tiada manfaat apa2. Dan mungkin hanya dosa yang akan datang pada kita. Oh hati! Oh Jiwa! Dimanakah engkau??

Apa yang penulis nak tekankan pada kali ini adalah berkenaan kasih ibu. Ya, raaamaaiii sangat yang tulis pasal kasih ibu dan bapa. Tapi sejauh manakah ianya terkesan di hati kita?? Kalau tiada sesuatu berlaku pada ibu bapa kita, kita takkan nampak yang mereka tu benar2 saaayanggg sangat pada anak dia. Ibarat ramai yang cakap, "Masa dah tiada baru nak hargai". Dulu pengalaman penulis masuk asrama masa form 1, muda2 lagi mereka dah ajar untuk membina hidup sendiri,berdikari, dan selesaikan semua masalah sendiri. Masa first time tu memang taknak berpisah, tiapkali call je menangis, sedih, rasa nak balik duduk rumah. Tapi, alah bisa tegal biasa. Lama-lama rasa seronok, ramai kawan2 dan bermacam2 kerenah manusia kat dunia ni. Kita dapat belajar melalui situ. Macam mana nak hadapi hidup dengan orang-orang yang pelbagai kerenah ni. Eventually, penulis dapat melihat kesannya diwaktu dewasa. Kita akan sentiasa mahu pergi kesesuatu tempat dan melakukan sesuatu tanpa bantuan mereka.

Allah selalu pesan pada kita melalui mesej-Nya tentang ibu bapa;
Janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka
Al-Isra' ayat 23.



Allah s.w.t. dah jelas-jelas melarang robot-robot bernyawa dan ada aqal yang Dia cipta untuk gerakkan dunia ni supaya jangan sekali pun cakap 'ah'pada mak ayah kita. Tapi kita ada ingat semula tak, dah berapa kali kita cakap perkataan tu pada mereka? Takde ye? Alhamdulillah.... ;))

Kenapa seruan dan larangan Allah selalu di ambil senang?? Allah yang cipta kita, bagi makanan, duit, harta, tangan, mata dsb. Seemuaaa kita pinjam je dari Allah, tiada satu pun milik kita. Sebagai timbal balik dengan apa yang Dia bagi, kita kena tahu ape yang Dia nak dan taknak. Al-Quran dan Sunnah adalah sumber untuk kita tahu semua tu. Sangat-sangat rugi bagi mereka yang tak pernah buka mesej Allah s.w.t dalam Al-Quran. Dan untuk lagi faham mesej2 tersebut, ikutlah sunnah dari insan terpilih, Rasulullah s.a.w.

Kasih ibubapa memang tiada tandingan. Dari kecil mereka sediakan semuanya untuk anaknya (kecuali makbapak bernafsu binatang~buang anak~). Bagi anak-anak yang sedar, pelbagai cara dilakukan sebagai balasan kepada ibubapa yang membesarkan mereka. Samada melalui perkataan atau perbuatan. Kasih ibu takkan setanding dengan kekasih yang baru dikenali hanya beberapa tahun. Apabila berumahtangga, kita mesti membahagikan tanggungjawab kita kepada keluarga baru dan ibubapa kita. Ibu bapa still tak boleh dibelakangkan, dan tanggungjawab baru mesti jugak diselesaikan. Hal ini tidak dapat disangkal kerana inilah amanah dari Allah kepada setiap individu.

Ibubapa adalah cahaya dalam hidup setiap individu. Tanpa mereka tiadalah kita. Hargailah mereka selagi mana mereka ada disisi kita. Tenunglah, lihatlah, fikirlah....Apakah sumbangan terbesar kita pada mereka.

Sama-sama hayati surah al-Isra' ini;

...dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
Al-Isra' ayat 23

Sama-sama bermuhasabah.

Sunday, April 10, 2011

-Hadith yang bercanggah-

Bismillah..

Sudah menjadi fitrah manusia yang sentiasa mempunyai kekhilafan dalam sesuatu perkara. Dalam mempelajari sesuatu ilmu, penuntut hendaklah mengkaji dan mengambil ilmu tersebut dengan berhati-hati iaitu mengenalpasti sumber, mengkaji dan barulah beramal dengannya selagimana selaras dengan al-Quran dan sunnah. Kali ini, sy ingin berkongsi kaedah memahami hadith yang bertentangan antara satu sama lain. Ini hasil dari pembacaan saya, semoga ianya mendatangkan manfaat insya Allah.

Contoh Hadith bertentangan:

Hadis A:

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:

Janganlah seseorang dari kamu minum sambil berdiri. Jika sesiapa terlupa, maka hendaklah dia memuntahkannya.[Sahih: Hadis daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Muslim, lihat Sahih Muslim – no: 2026 (Kitab Minuman, Bab tidak disukai minum secara berdiri). Hadis tegahan minum secara berdiri juga diriwayatkan dari Anas bin Malik dan Abu Sa‘id al-Khudri radiallahu ‘anhuma. ]

Hadis B:

Berkata al-Nazzal rahimahullah, ‘Ali radiallahu ‘anhu datang ke pintu kawasan lapang (di perkarangan masjid Kufah [Sebagaimana riwayat no: 5616 dalam Sahih al-Bukhari.] ) dengan (segelas) air lalu diminum sambil berdiri. Kemudian ‘Ali berkata; Sesungguhnya manusia, sebahagian daripada mereka tidak menyukai minum sambil berdiri, Demi sesungguhnya, aku melihat Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam berbuat seperti apa yang kamu lihat aku buat.[Sahih: Hadis dikeluarkan oleh Ahmad dan al-Bukhari, lihat Sahih al-Bukhari – no: 5615. (Kitab Minuman, Bab minum sambil berdiri).]

Hadis C:

Berkata ‘Abd Allah ibn Abbas radiallahu ‘anhu:

Aku menghidang Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam air zam-zam, lalu baginda meminumnya sambil berdiri.[ Sahih: Hadis dikeluarkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Sahih Muslim – no: 2027 (Kitab Minuman, Bab minum air zam-zam sambil berdiri).]

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dalam Hadis A jelas melarang seseorang untuk minum sambil berdiri tetapi dalam hadis B dan C, diterangkan pula bahawa baginda sendiri yang minum secara berdiri. Di sini jelas wujud percanggahan.

Akan tetapi jika dikaji semula, akan didapati bahawa Hadis A adalah hadis perintah yang berasal daripada Rasulullah (sunnah Qauliyah) manakala Hadis B dan C adalah hadis pengkhabaran tentang perbuatan Rasulullah (sunnah Fi‘illiyah).

Apabila bertembungnya antara hadis sunnah Qauliyah dan hadis sunnah Fi‘illiyah, maka yang menjadi dasar hukum ialah hadis sunnah Qauliyah, manakala hadis sunnah Fi‘illiyah berperanan menafsirkan maksud sebenar yang terkandung dalam hadis sunnah Qauliyah tersebut.

Kembali kepada contoh percanggahan di atas, Hadis B dan C berperanan menafsirkan maksud sebenar larangan Hadis A, bererti bahawa larangan Hadis A bukanlah bermaksud haram. Justeru apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam melarang sesorang minum secara berdiri, ia adalah merupakan satu tegahan dan bukannya satu pengharaman [Lihat al-Nawawi – Syarh Sahih Muslim, jld 7, ms 112 dan seterusnya, Ibn al-Qayyim – Zaad al-Ma‘ad , jld 1, ms 109-110 dan Fath al-Bari, jld 11, ms 211.].
Namun diingatkan kembali bahawa yang menjadi dasar hukum ialah Hadis A, maka hendaklah seseorang itu tetap berusaha untuk menjauhi minum secara berdiri, kecuali apabila uzur, lupa atau apabila suasana tidak mengizinkan