Sunday, June 26, 2011

Hafalan dan 'KISMIS MINDA'???

Kalau kita tengok dari situasi semasa, terlalu banyak produk-produk yang dihasilkan untuk kecergasan minda. Kismis minda, pil minda, air minda, dan terbaru, coklat minda. Banyak orang memikirkan dengan memakan anggur kering atau kismis yang telah diberi nama ‘kismis minda’, akan mempermudahkan hafalan mereka. Ada pula yang mengatakan, kebiasaan memakan terung pula boleh mengakibatkan kesulitan dalam hafalan. Tapi sebenarnya, dalam hal ini, kita lupakan pasal masalah kismis dan terung tersebut.

Ini kerana, hal yang sebenarnya membantu hafalan seseorang adalah ketaqwaan kepada Allah. Maka bertaqwalah kepada Allah, nescaya Allah akan memudahkan hafalanmu!! Bagaimana mungkin seorang huffaz yang memakan kismis minda dengan tujuan untuk menguatkan hafalan, tetapi maksiat tetap dilakukan dan larangan Allah tetap diutamakan??

Terkait dengan hal ini, Imam Syafie berkata:
Aku mengadu kepada Waki’ tentang buruknya hafalanku.Dia menasihatiku agar meninggalkan ma’siat. Dia berkata; ilmu adalah cahaya, dan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku ma’siat.

Di edit dari ‘kutaib’ Dr. Aidh al-Qarni; entitled “Menjadi pelajar berprestasi”. 2006.

3 comments:

Muaz said...

Salam, ana merasakan dalam banyak2 blog yg menmyentuh cara nak menguatkan hafalan, inilah yang paling unik dan mungkin setakat ni yg ana rasakn paling lain dari yg lain...dari pengalaman ana sendiri, ana dulunya seorang yg kuat ingatan seperti yg dikatakan oleh sahabat2 ana, tapi sejak bbrp tahun kebelakangan ni dah jadi berkurangan..mungkin inilah antara sbb lain yg perlu diperhatikan utk kuat ingatan kembali...iaitu dengan cara laksana semua perintah dan jauh segala larangan Allah...Alhamdulillah, ana dapat sedikit pencerahan disini..syukran..

~Raudhah~ said...

wslm akhi muaz...semoga dapat sama2 kita muhasabah..:)