Saturday, August 3, 2013

SOAL JODOH {{Pilihlah jalan baik atau jadilah baik}}



Seseorang menasihatiku. Seorang mukmin itu tidak akan jatuh kedalam lubang yg sama dua kali. Then I found this great article dari Ust Pahrol. Tentang jodoh....

sedikit sedutan....

“Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual.”

Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, “Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami.”

“Oh, betul juga tu!” kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, “Sedap di mata tetapi sakit di hati…”

“Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.”


sila ke laman ini.. BERCERITA TENTANG JODOH

Allahul Musta'an. Doa dan ikutlah haluan yang betul dalam syariat. Jadilah seorang mukmin dan mukminat, bukan sekadar lelaki dan wanita...

Lidah yang berkata adalah paling dekat  dengan telinganya, mudahan wadah ini menjadi pengajaran buat diriku.

Ya Robbi... Asif laka ya Robbi...


No comments: