Monday, September 7, 2009

~pengalaman~

بسم الله الرحمن الرحيم

usai tarawikh malam ni di safiah..

-tiba2 setelah selesai rakaat keempat dan tazkirah, madam di safiah bangun dan menyampaikan kata-kata; selepas beliau memberi salam, beliau berkata "kepada semua student dan mrc, diharap tidak menimbulkan ape2 tuduhan tentang sesat antara satu sama lain. Kita semua berada didalam bulan ramadhan dan juga bulan ibadah, maka perbanyakkanlah ibadah..tidak perlu semua itu jika perkataan tidak dijaga..mengatakan sesat kepada orang lain tanpa menyiasat terlebih dahulu apa yang dituduh". Semua terdiam dan mendengar apa yang diperkatakan madam. Beliau sebak kerana bulan ini sepatutnya membatu sakhsiah kita lebih bertamadun, bukan memberikan kemarahan dan kekecewaan kepada orang lain.

Memang benar, Islam tidak mengajar kita untuk menuduh orang lain sesat sewenangnya. Tanpa ada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa dia betul2 sesat. Tazkirah ringkas dari seorang sahabat di pertengahan tarawikh sedikit sebanyak dapat menyelesaikn kecelaruan yang melanda sesetengah student di safiah. Moga Allah membantu jalan dakwah yang dibina berlandaskan al-Quran dan sunnah.

Terima Kasih kepada semua sahabat2, diatas perkongsian ilmu dan pengalaman..
Barokallahu fikum..

1 comment:

Anonymous said...

jazakillah kak....
malam semalam lamer gak stay ngan madam....
extreme betul mahallah sayer...
tapi ader persoalan lain plak yg saye & k.fizah perlu selesaikan...
huhu....