Wednesday, February 27, 2013

Tangis Diri. Pergi dariku....Dunia.






Hebat kan dunia. Penuh tipu daya. Penuh kepalsuan. Menipu hati-hati manusia.

Earlier this morning, suddenly terkesima pada ayat yg sdg kubaca. Diteliti, tadabbur, tafakkur. Ayat seperti diatas, surah Hud ayat 15-16.

Maksudnya:

"15. Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan."

"16. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan (apa yg mereka kerjakan didunia tiada pahala untuk akhirat)."


Apa yg hebat menghentam hatiku didlm ayat ini, pabila Allah memberi kesenangan didunia, untuk kita terus rasa senang disini, dan akan disiksa 'disana'. Allahu Robbi...Allahu Akram...Rela aku miskin didunia, dari hidup papa diakhirat.

Ku tahu Ya Allah, dengan cintamu kpd kami, Kau memberi kesusahan, kau memberi kesakitan, keperitan. Kerna ku tahu, 'disana' tiada lagi semua itu. Kau menguji kami, utk melihat kecintaan kami kpdMu Ya Allah. Sungguh kami lalai dan leka. /--

Ya Allah, jgn Kau pautkan hati2 kami dgn dunia. Jgn hilang kasihMu kpd kami. Cinta dan Harapan kami, hanya UntukMU...

AKU JATUH CINTA LAGI!! :D



Hot title right?
Cinta utamaku hanya pada Allah dan Rasulullah.
Tiada duka, tiada luka.
Manusia? Kdg kala hadir, kdg kala hilang. Kecuali mereka yg meletakkan cinta utamanya jua untuk Allah dan Rasulullah. :D. Pasti hati kan gembira.
Cinta harta pula? Akan habis, akan hilang, akan lesap. Wujudnya bermasalah, tiadanya jua masalah.
Rupa? Kedut seribu dimamah usia. Pabila ajal, kan rosak binasa diratah ulat.

Ku mencintai, sesiapa yg meletakkan cinta Allah yg utama, sentiasa merindui kekasih Allah dihatinya. Mencintai kebaikan dn akhlak mulia. Mencintai manusia dengan seadanya. hak milik Allah jualah yg dilangit dan dibumi. Semuanya akan hancur, kecuali al-Khooliq. Maka apakah bekal yg kita sudah sediakan disini? Apakah jasa yg telah kita laksanakan untuk ummah? Atau matinya kita kelak akan dilupakan begitu sahaja. Kita yg pilih, maka pilihlah.

Senyum dan Tawa Rasulullah.
Santapan yg enak dinikmati. Saat hati tdk mempunyai erti. Kala jiwa kering gersang. Ia ibarat sungai yg mengalir damai. Mendamaikan, mententeramkan, mengkhayalkan...sungguh..

Antara petikan yg mencuit hatiku:
Rasulullah bersabda:

Janganlah kamu terlalu membebani jiwamu dengan segala keseriusan hidup. Hiburkanlah hatimu dengan hal-hal yg ringan dan lucu kerana jikalau jiwa terus dipaksa memikul beban2 yg berat, ia akan menjadi keruh.


(H.R Ibnu Majah: 1130)

Sungguh aku tersenyum.

Aku mengimpikan teman hidup seperti Rasulullah. Tiada lelaki didunia yg mampu mengungguli Rasulullah dlm menjaga kemesraan hidup bersuami isteri dan menjaga perasaan isteri. Nasihat Rasulullah:r

Sesungguhnya ketika sang suami memandang isterinya dengan senyuman jernih dn begitu juga dengan isterinya, maka Allah memerhatikan mereka dgn penuh rahmat (kasih syg). Dan manakala suaminya memegang tapak tangan isterinya dengan mesra (santun dn penuh ceria), berguguranlah dosa-dosa suami isteri itu daripada sela jemarinya.


(Adab al_Mufrad)

hati tersenyum sendiri. Membayangkan sifat Rasulullah. Sungguh halus pekertinya. Sungguh cantik akhlaqnya. Aku merinduinya. sungguh..

Rindu pada melihat Rasulullah...

Pabila kurindu, kusebut namamu~

Ya Rasulullah...
Rinduku bertamu,
Pada tulus akhlaqmu,
Pada tinggi sabarmu,
Pada halus budimu,
Pada bersih tuturmu,
Sunnguh hati ini rindu...

Mengingatimu sgt mendamaikanku,
Saat namamu terlafaz,
Cinta Khooliq Yg Agung berpadu,
Sungguh aku rindu...

Ya Rasulullah,
Sungguh aku malu dgnmu,
Hatiku terpalit dosa,
Diriku terjebak nista,
Astaghfirullah...
Pastilah kau jua malu denganku,
Kerna ummatmu ini..penuh dosa dan nista,
Namun tak kau tinggalkan kami,
Bersamamu syafaat, utk kami..

Sungguh aku rindu....
Rindu pertemuan dgnmu Ya Rasulullah..
Melihat kelembutanmu pd wanita,
Melihat tuturmu tiada mencela,
Sungguh Ya Rasulullah...
Air mataku berlinang,
kerana terlalu rindu detik pertemuan itu...
Moga ianya dapat kurasai, kunikmati, kuharungi...

Menemui Khooliq,
dan Ya Rasulallah...kekasih Allah..

Teringat katamu Ya Rasulallah...
dikala dunia ini menyakitkan, dikala manusia menjengkelkan..
Madahmu membuat hatiku reda..

"Kamu tidak akan dapat mententeramkan jiwa manusia dengan wangmu, kamu dapat mententeramkan jiwa mereka dengan wajah ceria dan akhlak yang baik".

(H.R Abu Daud: 2161)

Sungguh aku rindu...pdmu Ya Rasulallah..:'(






Tuesday, February 19, 2013

An-Nuur itu “cahaya”.


Surah An-Nuur. Surah ke-24. Madaniyyah. 64 ayat. Quran Rasm Uthmani: page 350, 8 muka tiga suku m/s.

Surah ini dinamakan an-Nuur kerana didalam surah ini terdapat banyak percikan Nur Rabbani: iaitu peraturan mengenai undang-undang dan adab peraturan, ketinggian nilai kemanusiaan yg merupakan sedutan dan cebisan Nur Allah utk hambaNya, dan secebis limpahan rahmat dan kurnia Allah swt.

Isi surah an-Nuur: membincangkan tentang beberapa perundangan dan peraturan dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Juga panduan hidup dan budi pekerti, disamping masalah2 umum dan khusus.

Day 1: tafsir ayat 1-3

Ayat 1: (Ini adalah) satu surah yang Kami turunkan dan Kami wajibkan (menjalankan hukum-hukum yang ada di dalam)nya, dan Kami turunkan di dalamnya ayat ayat yang jelas, agar kamu selalu mengingatinya.

Huraian:
Disebut ‘surah’ kerana kepentingannya untuk memagari atau memelihara manusia agar hidup dengan penuh kehormatan. Al-ahkam yg terkandung dalam ayat ini adalah Qat’ie dan tdk boleh dipinda. Penurunan ayat-ayat ini supaya manusia beringat. Konsep beringat disini adalah mengamalkan ayat-ayat ini dan istiqomah dalam beramal dengannya.

Ayat 2-3:

2. Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.

3. Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin (tidak pantas orang yang beriman kawin dengan yang berzina, demikian pula sebaliknya.)


Huraian:
Ayat kedua dan ketiga adalah berkaitan dengan penzinaan. Asbabun nuzul (Sebab turun ayat) dari ayat diatas kerana ada seorang wanita yang dipanggil Umm Mahzul, seorang pelacur yang mencari duit melalui pelacuran. Ada seorang lelaki Islam bercadang untuk berkahwin dengannya dan hal itu diberitahu kepada Rasulullah. Kemudian turunlah ayat 2 diatas (Musnad Ahmad dan Sunan an-Nasai).

Perempuan atau lelaki yg belum pernah berkahwin, apabila mereka melakukan zina, hendaklah disebat tiap seorang 100 kali sebatan; sebagai hukuman keatas perbuatan mereka yg keji itu. Tiada perasaan belas kasihan kepada mereka dalam menjalankan hukum Allah. Hal ini kerana tujuan hukuman ini adalah untuk memberi rasa sakit kepada mereka. Jika kamu beriman kepada Allah dan hari kiamat, hendaklah disaksikan hukuman seksa tersebut oleh sekumpulan orang yg beriman. Semoga pelaksanaan ini menjadi pengajaran kepada penzina tersebut dan mereka yg menyaksikannya, kerana keaiban dengan cara begitu lebih berkesan dan memalukan daripada pelaksanaan keseksaan itu sendiri.

Didalam ayat kedua surah ini, para ulama’ membuat huraian yg agak terperinci mengenai masalah ini. Justeru setiap pelaku zina itu tidak terlepas daripada keadaan sama ada dia masih seorang perawan (al-Bikr) dari segi istilah syara’ atau dia seorang yg menurut istilah syara’ dipanggil muhsan; yg telah merasai nikmat persetubuhan melalui saluran pernikahan yg halal, sedangkan dia adalah seorg yg merdeka dan baligh serta berakal sihat.

Jika diteliti, Allah swt sangat menghina mereka yg terlibat dengan penzinaan, larangan yg diletakkan didalam Al-Quran supaya “jangan menghampiri zina”, kenapa tidak digunakan “jangan melakukan zina”? kerana hanya dengan menghampiri zina, seseorang itu akan mengundang malapetaka. Pencegahan adalah yg terbaik. Didalam satu kajian, seseorang yang terlibat dengan zina mempunyai kemungkinan besar untuk ketagihan dengan mengulangi zina tersebut. Tiada cara lain untuk mengurangkan ketagihan tersebut melainkan dengan sebatan. Melalui sebatan, kesakitan dikulit akan dihantar ke otak, dan tubuh akan merembeskan satu hormone yg akan mengurangkan ketagihan tersebut.

Didalam ayat 3 surah ini pula, Allah menyatakan bahawa seorang lelaki yg berzina tidak layak berkahwin dengan perempuan baik-baik dan terhormat, melainkan dgn perempuan yg berzina atau musyrik. Dan demikian juga perempuan yg berzina. Dan perkahwinan yg demikian adalah terlarang untuk orang yg beriman. Al-Razi menyatakan “bahasa yg paling tepat dlm mentafsirkan maksud ayat ini adalah, bahawa seorang fasik yg buruk akhlaknya hanya layak berkahwin dengan seorang fasik yg setaraf dengannya atau lebih hina daripadanya, dan tidak layak berkahwin kecuali yg setaraf dengannya, dan tidak layak berkahwin dengan perempuan yg soleh dan baik-baik.
Pengajaran bahagian akhir;

1. Zina itu diharamkan keatas orang beriman kerana zina itu suatu perbuatan yg sangat keji dan hina
2. Diharamkan kepada para penzina sama ada lelaki atau perempuan berkahwin dengan lelaki atau perempuan yg tidak setaraf dengan mereka kerana boleh membawa keburukan yg besar (pendapat mufassir; pengarang kitab al-Tashil dan Abu Su’ud dan al-Qurtubi)

Rujukan: Tafsir Mubin