Hot title right?
Cinta utamaku hanya pada Allah dan Rasulullah.
Tiada duka, tiada luka.
Manusia? Kdg kala hadir, kdg kala hilang. Kecuali mereka yg meletakkan cinta utamanya jua untuk Allah dan Rasulullah. :D. Pasti hati kan gembira.
Cinta harta pula? Akan habis, akan hilang, akan lesap. Wujudnya bermasalah, tiadanya jua masalah.
Rupa? Kedut seribu dimamah usia. Pabila ajal, kan rosak binasa diratah ulat.
Ku mencintai, sesiapa yg meletakkan cinta Allah yg utama, sentiasa merindui kekasih Allah dihatinya. Mencintai kebaikan dn akhlak mulia. Mencintai manusia dengan seadanya. hak milik Allah jualah yg dilangit dan dibumi. Semuanya akan hancur, kecuali al-Khooliq. Maka apakah bekal yg kita sudah sediakan disini? Apakah jasa yg telah kita laksanakan untuk ummah? Atau matinya kita kelak akan dilupakan begitu sahaja. Kita yg pilih, maka pilihlah.
Senyum dan Tawa Rasulullah.
Santapan yg enak dinikmati. Saat hati tdk mempunyai erti. Kala jiwa kering gersang. Ia ibarat sungai yg mengalir damai. Mendamaikan, mententeramkan, mengkhayalkan...sungguh..
Antara petikan yg mencuit hatiku:
Rasulullah bersabda:
Janganlah kamu terlalu membebani jiwamu dengan segala keseriusan hidup. Hiburkanlah hatimu dengan hal-hal yg ringan dan lucu kerana jikalau jiwa terus dipaksa memikul beban2 yg berat, ia akan menjadi keruh.
(H.R Ibnu Majah: 1130)
Sungguh aku tersenyum.
Aku mengimpikan teman hidup seperti Rasulullah. Tiada lelaki didunia yg mampu mengungguli Rasulullah dlm menjaga kemesraan hidup bersuami isteri dan menjaga perasaan isteri. Nasihat Rasulullah:r
Sesungguhnya ketika sang suami memandang isterinya dengan senyuman jernih dn begitu juga dengan isterinya, maka Allah memerhatikan mereka dgn penuh rahmat (kasih syg). Dan manakala suaminya memegang tapak tangan isterinya dengan mesra (santun dn penuh ceria), berguguranlah dosa-dosa suami isteri itu daripada sela jemarinya.
(Adab al_Mufrad)
hati tersenyum sendiri. Membayangkan sifat Rasulullah. Sungguh halus pekertinya. Sungguh cantik akhlaqnya. Aku merinduinya. sungguh..
Rindu pada melihat Rasulullah...
No comments:
Post a Comment