Friday, May 17, 2013

Yeayyy!!! ITS JUMU'AH.... ^^

Bismillah.

Aslm. Hye there. Today is jumu'ah. My fav day. ^^. I don't know. When it comes, I feel like I wanna celebrate a special day in my life. I feel like getting married on this day. Opps. Yeah..yeah.. Its the day when so many benefits and advantages are provided by Allah to His servant. Among the sunnah on Friday is reciting suratul-kahf.



Among others:



p/s: the perfumes only for men okayy!!! women? No No No No. You will commit zina with perfumes gurlz... :)

I ask Allah to die on Friday. Biizni Robbi.

Thursday, May 16, 2013

KALA SEPI ITU BERTAMU

Bismillah

Aslm. Semoga ‘afiah dengan nikmat iman dan Islam kurniaan Allah Taala.

Malam damai yg indah gemersik jiwa, tenang beralun bersama bayu angin dingin. Tapi syg, hatiku sayu pilu…. jiwaku lelah lemah payah. Entah mengapa kusendiri kurang pasti. Oh Allah, rahmatilah dn kurniakanlah maghfirahMu. Moga hilang kisah resah duka pilu di nafas jiwa ini. Jendela kusuak terbuka luas, mempamerkan gelap malam dilimpahi redup-redup cahaya purnama. Sepi. Sunyi. Tetapi disitu tercantum satu ketenangan. Yang sukar digapai oleh semua hati. Tiada terlafaz dgn bicara. Segalanya bercantum menjadi satu. Kerenung kelangit nan luas. Seluas mata memandang. Lama detik itu berlalu. Perlahan-lahan mataku tertutup. Mengahayati suara malam bersahut-sahutan. Subhanallah. Subhanallah. Tiada yg hebat melainkanMu Ya Allah. Yg memegang hati-hati manusia. Tiada Tuhan melainkan Allah. Robbul A’rsyil ‘Azim. Tanpa disedari, pipiku sejuk dek air jernih yang mengalir. Terkenang kisah duka penuh dosa. Kisah gembira menghayun suasana. Berkumpul menjadi satu. Berselang-seli diruang hati. Mengisi kekosongan fikiran kala itu. Berbisik suara hati,”apa difikirkan lagi yang sudah berlalu…segalanya tak mungkin berputar kembali.” Hatiku mengiyakan, saling bersoal jawab sendiri didlm hati. Kadang kala, itulah penenang hati. Aku pasti segalanya ada intipati. Yang manusia tiada sedari.

“Haihhh”….”Hermmm”…

Keluhan demi keluhan sang manusia menyesali, pada setiap perbuatan yang sudah diperlaku, akibat amarah yg menaikkan keegooan, menghilangkan maruah diri, dan membunuh rasa simpati! Inilah manusia, hanya memilih apa yang disukai, membenci sepenuh hati apa yang dipandang kecil dan lemah. Dari itu, hanya taqwa, ilmu, iman, airmata…hanya itulah pelembut hati. Ya…manusia yg memandang enteng setiap kalimah itu pasti akan berkata “Ah! Kau pun banyak dosa, kau ubah diri kau dulu”. Itulah kata-kata ego seorang manusia yang keras hatinya, merasakan diri tiada dosa nista. Itulah jua jawapan sang syaitan saat disuruh oleh ALLAH untuk bersujud kepada Adam…tetapi mereka enggan. Itulah sifat syaitan!!! La’natullah….


Duhai Jiwa yang tenang,
Kembalilah kamu kepada Allah,
Robb mu yang Satu,
Dikala kamu sunyi dari dunia, sepi dari bahagia…DIA ada sentiasa,

Duhai jiwa,
Tiadalah yg selayaknya kau utamakan melainkan DIA,
Maha memberi rezeki, Maha Mengasihanimu, dan segalanya adalah DIA…Yaa ROBB!!!

Wahai Insan,
Pesan Allah kepada kita, "Isbir, Fasobran Jameel"... Masya Allah.

Hai jiwa yang tenang.
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya.
Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku,
masuklah ke dalam syurga-Ku. (89: 27-30)

Tuesday, May 14, 2013

TIME, HEALS YOUR WOUNDS..

Aslm,

Nothing new to share. Just continue to find the ideas and write my thesis. Yeah! so many unexpected things happened, hurt my heart, too deep. But then life goes on..by time,i believe it will heal biizni Robbi.





Something to share today, Arabic proverb:

لا فرحة لمن لا همّ له
ولا لذة لمن لا صبر له

ولا نعيم لمن لا شقاء له
ولا راحة لمن لا تعب له

Tiada kesenangan bagi yang tak bercita besar;
tiada kelezatan bagi yang tak punya sabar;
Tiada nikmat bagi yang tak mencicipi derita;
tiada rehat bagi yang tak berlelah-rasa.


Regards,
Raudhah :)

Wednesday, February 27, 2013

Tangis Diri. Pergi dariku....Dunia.






Hebat kan dunia. Penuh tipu daya. Penuh kepalsuan. Menipu hati-hati manusia.

Earlier this morning, suddenly terkesima pada ayat yg sdg kubaca. Diteliti, tadabbur, tafakkur. Ayat seperti diatas, surah Hud ayat 15-16.

Maksudnya:

"15. Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan."

"16. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan (apa yg mereka kerjakan didunia tiada pahala untuk akhirat)."


Apa yg hebat menghentam hatiku didlm ayat ini, pabila Allah memberi kesenangan didunia, untuk kita terus rasa senang disini, dan akan disiksa 'disana'. Allahu Robbi...Allahu Akram...Rela aku miskin didunia, dari hidup papa diakhirat.

Ku tahu Ya Allah, dengan cintamu kpd kami, Kau memberi kesusahan, kau memberi kesakitan, keperitan. Kerna ku tahu, 'disana' tiada lagi semua itu. Kau menguji kami, utk melihat kecintaan kami kpdMu Ya Allah. Sungguh kami lalai dan leka. /--

Ya Allah, jgn Kau pautkan hati2 kami dgn dunia. Jgn hilang kasihMu kpd kami. Cinta dan Harapan kami, hanya UntukMU...

AKU JATUH CINTA LAGI!! :D



Hot title right?
Cinta utamaku hanya pada Allah dan Rasulullah.
Tiada duka, tiada luka.
Manusia? Kdg kala hadir, kdg kala hilang. Kecuali mereka yg meletakkan cinta utamanya jua untuk Allah dan Rasulullah. :D. Pasti hati kan gembira.
Cinta harta pula? Akan habis, akan hilang, akan lesap. Wujudnya bermasalah, tiadanya jua masalah.
Rupa? Kedut seribu dimamah usia. Pabila ajal, kan rosak binasa diratah ulat.

Ku mencintai, sesiapa yg meletakkan cinta Allah yg utama, sentiasa merindui kekasih Allah dihatinya. Mencintai kebaikan dn akhlak mulia. Mencintai manusia dengan seadanya. hak milik Allah jualah yg dilangit dan dibumi. Semuanya akan hancur, kecuali al-Khooliq. Maka apakah bekal yg kita sudah sediakan disini? Apakah jasa yg telah kita laksanakan untuk ummah? Atau matinya kita kelak akan dilupakan begitu sahaja. Kita yg pilih, maka pilihlah.

Senyum dan Tawa Rasulullah.
Santapan yg enak dinikmati. Saat hati tdk mempunyai erti. Kala jiwa kering gersang. Ia ibarat sungai yg mengalir damai. Mendamaikan, mententeramkan, mengkhayalkan...sungguh..

Antara petikan yg mencuit hatiku:
Rasulullah bersabda:

Janganlah kamu terlalu membebani jiwamu dengan segala keseriusan hidup. Hiburkanlah hatimu dengan hal-hal yg ringan dan lucu kerana jikalau jiwa terus dipaksa memikul beban2 yg berat, ia akan menjadi keruh.


(H.R Ibnu Majah: 1130)

Sungguh aku tersenyum.

Aku mengimpikan teman hidup seperti Rasulullah. Tiada lelaki didunia yg mampu mengungguli Rasulullah dlm menjaga kemesraan hidup bersuami isteri dan menjaga perasaan isteri. Nasihat Rasulullah:r

Sesungguhnya ketika sang suami memandang isterinya dengan senyuman jernih dn begitu juga dengan isterinya, maka Allah memerhatikan mereka dgn penuh rahmat (kasih syg). Dan manakala suaminya memegang tapak tangan isterinya dengan mesra (santun dn penuh ceria), berguguranlah dosa-dosa suami isteri itu daripada sela jemarinya.


(Adab al_Mufrad)

hati tersenyum sendiri. Membayangkan sifat Rasulullah. Sungguh halus pekertinya. Sungguh cantik akhlaqnya. Aku merinduinya. sungguh..

Rindu pada melihat Rasulullah...

Pabila kurindu, kusebut namamu~

Ya Rasulullah...
Rinduku bertamu,
Pada tulus akhlaqmu,
Pada tinggi sabarmu,
Pada halus budimu,
Pada bersih tuturmu,
Sunnguh hati ini rindu...

Mengingatimu sgt mendamaikanku,
Saat namamu terlafaz,
Cinta Khooliq Yg Agung berpadu,
Sungguh aku rindu...

Ya Rasulullah,
Sungguh aku malu dgnmu,
Hatiku terpalit dosa,
Diriku terjebak nista,
Astaghfirullah...
Pastilah kau jua malu denganku,
Kerna ummatmu ini..penuh dosa dan nista,
Namun tak kau tinggalkan kami,
Bersamamu syafaat, utk kami..

Sungguh aku rindu....
Rindu pertemuan dgnmu Ya Rasulullah..
Melihat kelembutanmu pd wanita,
Melihat tuturmu tiada mencela,
Sungguh Ya Rasulullah...
Air mataku berlinang,
kerana terlalu rindu detik pertemuan itu...
Moga ianya dapat kurasai, kunikmati, kuharungi...

Menemui Khooliq,
dan Ya Rasulallah...kekasih Allah..

Teringat katamu Ya Rasulallah...
dikala dunia ini menyakitkan, dikala manusia menjengkelkan..
Madahmu membuat hatiku reda..

"Kamu tidak akan dapat mententeramkan jiwa manusia dengan wangmu, kamu dapat mententeramkan jiwa mereka dengan wajah ceria dan akhlak yang baik".

(H.R Abu Daud: 2161)

Sungguh aku rindu...pdmu Ya Rasulallah..:'(






Tuesday, February 19, 2013

An-Nuur itu “cahaya”.


Surah An-Nuur. Surah ke-24. Madaniyyah. 64 ayat. Quran Rasm Uthmani: page 350, 8 muka tiga suku m/s.

Surah ini dinamakan an-Nuur kerana didalam surah ini terdapat banyak percikan Nur Rabbani: iaitu peraturan mengenai undang-undang dan adab peraturan, ketinggian nilai kemanusiaan yg merupakan sedutan dan cebisan Nur Allah utk hambaNya, dan secebis limpahan rahmat dan kurnia Allah swt.

Isi surah an-Nuur: membincangkan tentang beberapa perundangan dan peraturan dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Juga panduan hidup dan budi pekerti, disamping masalah2 umum dan khusus.

Day 1: tafsir ayat 1-3

Ayat 1: (Ini adalah) satu surah yang Kami turunkan dan Kami wajibkan (menjalankan hukum-hukum yang ada di dalam)nya, dan Kami turunkan di dalamnya ayat ayat yang jelas, agar kamu selalu mengingatinya.

Huraian:
Disebut ‘surah’ kerana kepentingannya untuk memagari atau memelihara manusia agar hidup dengan penuh kehormatan. Al-ahkam yg terkandung dalam ayat ini adalah Qat’ie dan tdk boleh dipinda. Penurunan ayat-ayat ini supaya manusia beringat. Konsep beringat disini adalah mengamalkan ayat-ayat ini dan istiqomah dalam beramal dengannya.

Ayat 2-3:

2. Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.

3. Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin (tidak pantas orang yang beriman kawin dengan yang berzina, demikian pula sebaliknya.)


Huraian:
Ayat kedua dan ketiga adalah berkaitan dengan penzinaan. Asbabun nuzul (Sebab turun ayat) dari ayat diatas kerana ada seorang wanita yang dipanggil Umm Mahzul, seorang pelacur yang mencari duit melalui pelacuran. Ada seorang lelaki Islam bercadang untuk berkahwin dengannya dan hal itu diberitahu kepada Rasulullah. Kemudian turunlah ayat 2 diatas (Musnad Ahmad dan Sunan an-Nasai).

Perempuan atau lelaki yg belum pernah berkahwin, apabila mereka melakukan zina, hendaklah disebat tiap seorang 100 kali sebatan; sebagai hukuman keatas perbuatan mereka yg keji itu. Tiada perasaan belas kasihan kepada mereka dalam menjalankan hukum Allah. Hal ini kerana tujuan hukuman ini adalah untuk memberi rasa sakit kepada mereka. Jika kamu beriman kepada Allah dan hari kiamat, hendaklah disaksikan hukuman seksa tersebut oleh sekumpulan orang yg beriman. Semoga pelaksanaan ini menjadi pengajaran kepada penzina tersebut dan mereka yg menyaksikannya, kerana keaiban dengan cara begitu lebih berkesan dan memalukan daripada pelaksanaan keseksaan itu sendiri.

Didalam ayat kedua surah ini, para ulama’ membuat huraian yg agak terperinci mengenai masalah ini. Justeru setiap pelaku zina itu tidak terlepas daripada keadaan sama ada dia masih seorang perawan (al-Bikr) dari segi istilah syara’ atau dia seorang yg menurut istilah syara’ dipanggil muhsan; yg telah merasai nikmat persetubuhan melalui saluran pernikahan yg halal, sedangkan dia adalah seorg yg merdeka dan baligh serta berakal sihat.

Jika diteliti, Allah swt sangat menghina mereka yg terlibat dengan penzinaan, larangan yg diletakkan didalam Al-Quran supaya “jangan menghampiri zina”, kenapa tidak digunakan “jangan melakukan zina”? kerana hanya dengan menghampiri zina, seseorang itu akan mengundang malapetaka. Pencegahan adalah yg terbaik. Didalam satu kajian, seseorang yang terlibat dengan zina mempunyai kemungkinan besar untuk ketagihan dengan mengulangi zina tersebut. Tiada cara lain untuk mengurangkan ketagihan tersebut melainkan dengan sebatan. Melalui sebatan, kesakitan dikulit akan dihantar ke otak, dan tubuh akan merembeskan satu hormone yg akan mengurangkan ketagihan tersebut.

Didalam ayat 3 surah ini pula, Allah menyatakan bahawa seorang lelaki yg berzina tidak layak berkahwin dengan perempuan baik-baik dan terhormat, melainkan dgn perempuan yg berzina atau musyrik. Dan demikian juga perempuan yg berzina. Dan perkahwinan yg demikian adalah terlarang untuk orang yg beriman. Al-Razi menyatakan “bahasa yg paling tepat dlm mentafsirkan maksud ayat ini adalah, bahawa seorang fasik yg buruk akhlaknya hanya layak berkahwin dengan seorang fasik yg setaraf dengannya atau lebih hina daripadanya, dan tidak layak berkahwin kecuali yg setaraf dengannya, dan tidak layak berkahwin dengan perempuan yg soleh dan baik-baik.
Pengajaran bahagian akhir;

1. Zina itu diharamkan keatas orang beriman kerana zina itu suatu perbuatan yg sangat keji dan hina
2. Diharamkan kepada para penzina sama ada lelaki atau perempuan berkahwin dengan lelaki atau perempuan yg tidak setaraf dengan mereka kerana boleh membawa keburukan yg besar (pendapat mufassir; pengarang kitab al-Tashil dan Abu Su’ud dan al-Qurtubi)

Rujukan: Tafsir Mubin

Tuesday, December 25, 2012



Assalamualaikum..

Hai semua..moga semuanya berada dalam baik2 ajee...

Senyum. Say good words. Positive. Wangi. Kemas. Cantik. Bersih. :)

All those things that I mention above will bring you positive aura... ;). Tarik nafas dalam2 sambil senyum...lepaskan perlahan-lahan. Okay, let us start..

Apa yg nak start ni? Ermmm...mungkin sedikit rencah hidup untuk dikongsi dan dirasa.

Ada soalan kat sini, yang mana kalau kita fikirkan pasal dunia, memang semua benda tak habis cerita...ada je yg nak di story-mory kan?

Soalannya: Sesorang yg tak tahu pasal mesin, ingin membeli mesin, bagaimanakah dia nak menggunakan mesin tersebut? sbb dia tak tahu apa2. duduk kat hutan kann...tak bergaul dengan orang bandar. Hhehe. Kesian dia.

So mcamna dia nak guna mesin tu?

Fikir punya fikir, try punya try, tak dapat guna jugak! buntu dah dia. Suddenly dia teringat ada sekeping kertas dalam kotak mesin tadi. Haaaa!!! Thats it! Thats the manual of the machine. Suka sgt dia. Lepas refer pada manual tu, gembira lah dia menggunakan mesin yg diidamkan.

Okeyyy...tak habis lagi ni. Duduk duluu...:)

*Serious discussion* :]

Dari cerita diatas, apa yg ingin sy sampaikan adalah, sebarang masalah atau perkara yang manusia ni lalui, andai ada kebuntuan dan nak mencari penyelesaian sebenar dan hakiki...kembalilah kita membaca manual yg Allah telah sediakan. Al-Quran Al-Karim. Yg mana didalamnya ada diberitahu apa yg boleh kita lakukan didunia ini, dan apa yg dilarang. Suruhan Allah adalah untuk menunjukkan kita betul2 meyerah diri pada Allah dan mengakui kita hambaNya. Dia yg ciptakan kita, maka Dia tahu apa yg terbaik untuk mesin-mesin yg Dia cipta dalam badan kita. Larangan Allah pada satu2 perkara itu bukan untuk mengongkong manusia, tetapi nak tengok setakat mana manusia ini bersabar dan bertahan dengan tidak kerjakan larangan tersebut. Sebab Allah tahu setakat mana mesin (makhluk) yg Dia cipta kat dunia ni mampu tahan pada sesuatu benda.

Apa2 yg kita buat, fikir dulu, muhasabah dulu, perkara tu betul ke salah, mampu atau tidak. Kita semua ada aim yg sama sebenarnya. iaitu akhirat, syurga. kalau tnya siapa nak masuk neraka, semua pun tak nak. Tapi kenapa banyak perbuatan kita menjurus ke neraka? Astaghfirullah!! T___T

Allah cakap melalui Hadis Qudsi:

ANA 'INDA ZONNI ABDIBII.. (Aku adalah sebagaimana sngkaan hambaKu kepadaKu). Kalau kita fikir apa yg Allah sampaikan pada kita ni baik, maka akan jadi baiklah. Kalau sebaliknya, maka itulah yg kita dapat. Hijrahlah kearah kebaikan. Demi masa depan. Bersama2. :)


Monday, June 11, 2012

Penawar Duka Pengubat Sengsara



Apabila insan terjatuh dalam ujian hidup; kesusahan, keperitan, kezaliman, keresahan, kesedihan dan segala rupa paras penderitaan, insan akan bertanya, apakah penawarnya? Di manakah jalan keluar dari segala kegelapan ini? Bagaimana mungkin dapat aku buang derita yang bersarang dalam jiwa dan peristiwa? Dapatkah aku keluar dari kemelut ini?

Insan perlu sedar, antara penghalang rahmat Tuhan kepadanya adalah dosa dan kesalahannya. Dan, setiap insan pula tidak terlepas dari salah dan dosa. Sehebat mana pun, sealim mana pun dia, insan tetap insan, terdedah kepada dosa. Jika tidak anggotanya, mungkin dosa jiwa atau hati nurani yang sombong dan bongkak, atau hasad atau sangka buruk dan pelbagai lagi. Percikan dosa sentiasa ada. Ia penghalang cahaya indah syahdu antara nurani insan mendampingi Allah untuk menjadi kekasihNya. Maka, doa sentiasa diganggu oleh dosa. Apakah penawar yang menerangi jalan agar doa itu sampai kepada insan dengan pantas dan mustajab?Jawapannya ialah taubat dan ‘istighfar’ iaitu kembalikan kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya. Dengan jujur, dengan luhur, dengan kusyuk. Itulah penawar yang akan membuka kebahagian hidup. Itulah janjiNya: (maksudnya)
“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubat kepadaNya supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia)…” (Surah Hud: 3)

(From DRMAZA.com)



My Review.

Assalam.

Syukur to Allah. Alhamdulillah.

First, thanx to Prof Dr.Asri. With this inspirational book, it bring me close to Allah. Our True Love. The One Who gives us everything. Syukur Ya Allah 'ala kulli hal, 'ala kulli rizq.

Someone who feels lonely, alone, sadness, angry, lets bring our happiness back. Only for the sake of Allah. With Allah, everything is possible. Try to read this book, because it will better up our feeling with the promise from Allah.

Forgive us for our sins Ya Allah, for our negligence to You. We come back to you. :'( . We believe Your promise. With Jannah.

Keep our faith to Allah and be strong. Allah with us. :)

Wednesday, June 6, 2012

~O Allah~

‎"My Lord, remove from my heart the love of anything that you do not love."