Monday, June 22, 2009

Penjelasan Wahabism yang disalah faham..

salam alaik..

isu wahabism di Malaysia semakin popular di bicarakn. Kebanyakan mereka apabila disebut tentang Wahabism, mereka merasa gerun dan takut tanpa mengetahui perkara yang ditakuti dan digeruni tersebut. Pengkhususan dalam sejarah dan tamadun membolehkan sy megetahui sedikit sebanyak perkara yang dulunya menjadi persoalan kepada saya tentang siapakah wahabism sebenarnya.

Wahabism adalah pengikut kepada Muhammad bin Abdul Wahab yang merupakan tokoh mujaddid terkenal di dalam Islam pd kurun ke 18. Beliau memperjuangkan hidup beliau dengan menegakkan ajaran Islam kepada semua umat Islam. Sy mengesyorkan bacaan pd blog seorang akhi yang membincangkan topik ini dengan mendalam, kerana setelah membaca artikel beliau,apa yang diajarkan kepada sy didalam kelas, ISLAH AND TAJDID MOVEMENT IN THE MUSLIM WORLD, sama dengan penulisan beliau. Moga mendapat manfaatnya.

http://opalotus99.blogspot.com/2008/12/penjelasan-wahabi-yg-kita-salah-faham.html

Sunday, June 21, 2009

BEGINILAH AL-QURAN MENGAJAR KITA,




Fokusku kali ini adalah berkisar tentang kepentingan berteman dengan al-Quran kemana dan dimana jua kita berada. Ermm..mungkin setengah orang akan berkata, “Asyik pasal ni je, xd benda lain ke”. Itulah hakikat yang nyata, tentang manusia yang selalu lupa, apabila diajarkan sesuatu perkara, time 2 je ingat,keluar dari situ…mcam kosong je..ermmm..kerana itulah kita perlu dan mesti selalu diingatkan.

Teringat masa menjadi fasi kem ibadah di Palong, ada satu slot dalam LDK, setiap group diberikan beberapa barang dan syaratnya ialah, setiap peserta tidak dibenarkan bertanya kepada fasi apa yang perlu dibuat dengan barang2 tersebut, fasi pun tidak dibenarkan menolong para pesrta. So terserah pada mereka…ermmm…hasilnya…pelbagai macam benda mengarut dicipta,sakit perut ketawa..hehe.memang best.

At first diorang pelik jugak kenapa buat macam ni, then kami terangkan lah, bagaimana jika Allah memberikan sebuah kitab (Al-Quran), tanpa ada sesiapa yang mengajarkannya?? Apa yang diorang jawab?? Sesat, xthu nak buat ape dengan kitab tu, pelbagai perkara mengarut akan dicipta…haaa..tahu pun, itulah pentingnya mencintai Rasulullah S.A.W, sebagai messenger of Allah..dan beginilah Allah memberi petunjuk dan mengajar kepada kita what is right and wrong in our life. Beginilah al-Quran mengajar kita.

RAJIN MEMBACA TETAPI TIDAK FAHAM, DAN SEDIKIT MEMBACA TETAPI FAHAM


Tadabbur al-Quran atau penghayatan tentang isi al-Quran sangat penting untuk kita mengetahui apakah yang terkandung dalam ayat al-Quran. Yang manakah lebih banyak dapat pahala? Orang yang rajin membaca al-quran tetapi tidak memahaminya, atau orang yang sedikit membaca al-quran tetapi faham maksudnya? Tentulah orang yang banyak membaca al-quran tu kan?? Nabi sendiri ada menyatakan bahawa satu huruf al-Quran sama dengan satu kebaikan, ;

”maksudnya: sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah, maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak kata bahawa Alif Lam Mim satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”. (Riwayat Tarmizi)

Namun, kita dituntut supaya memhami maksud ayat2 al-quran yang dibaca. Para sahabat biasanya mempelajari sekitar sepuluh ayat dengan nabi dan mereka tidak akan melepasi ayat tersebut hinggalah mereka faham dan beramal dengannya. Oleh itu ada yang mengambil masa yang agak lama untuk menghafaz sesuatu surah. Ibn Umar juga menghafaz surah al-baqarah dalam tempoh yang agak panjang.

Daripada Abu Musa al-Asyari r.a katanya, sabda Rasulullah S.A.W, “Bandingan seorang yang beriman yang membaca al-quran laksana buah utrujah, baunya harum dan rasanya sedap. Bandingan seorang yang beriman tetapi tidak membaca al-quran umpama buah tamar, tiada bau tetapi isinya manis, manakala orang munafik yang membaca al-quran ibarat pokok raihanah yang baunya harum tetapi rasanya pahit dan bandingan orang munafik yang tidak membaca al-quran umpama pokok handzolah yang tiada baud an rasanya pahit”. (riwayat bukhari dan muslim).

Wednesday, June 10, 2009

Bicara Hati..



ku titipkan madah ini buat hatiku yang kian kelam,

Duhai hati..
dikaulah penyeriku,
kala aku menangis sendirian,
kala diri sepi sendirian,

Aku bersyukur,
atas rahmat Tuhan,
bersama hati yang menemaniku,
dengan hati yang membantuku,
tuk melalui hidup yang penuh kelam dan gersang,

terkadang hati merintih sakit,
terkadang hati mengeluh resah,
menempuh duri-duri jalanan yang menebar luas,
beginilah rupanya kehidupan,

Duhai hati,
ku mohon moga kau sentiasa bersamaku,
memohon maghfirahNya,
menjadi kubu dari syaitan la'natullah.,

Ya Tuhan,
dengarlah rintihan hatiku,
untukku terus hidup kerana Mu..
berikan ku kekuatan Ya Allah...

Alllahumma Yassirna..

Saturday, May 30, 2009

Cuti Sek & Kenduri Kawin.




Duk kat rumah 3 bulan kali ni dibanjiri dengan kad2 kawin yang mencecah hampir 25 kenduri..tarikh sama, hari sama, xtau mane nak pegi..
time cuti sek mesti ada kaitan dengan kawin..hurmmm..memang asam garam begitu kot..




Pada semua bakal2 pengantin baru ku ucapkan..
بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْكَمُاَ فِيْ خَيْرٍ “

Monday, May 18, 2009

~islah diri~





salam alaik...

dah lama rasanya tidakku coretkan bait kata2 dalam ruangan ini, kenapa ntah, mood utk menulis dan menilai sekeliling kadang2 hilang, mungkin dari diri yang sedang mencari sesuatu, "pengislahan diri"..

Muhasabah dan islah amat penting dalam hidup. Hidup yang penuh dengan onak duri yang kadangkala menikam diri sendiri sehingga boleh membawa kepada kemusnahan pada diri sendiri. Apabila kita bermuhasabah dengan persoalan pd diri kita; "apa matlamt hidup aku", "aku nak apa sebenarnya ni", "apa dosa aku dah buat harini"...etc, semua ini akan membawa kita kepada pengislahan diri dan juga salah satu cara untuk menyedarkan diri kita bahawa dunia ini hanya satu tempat yang amat menakutkan..fuh..

Berhati2lah dengan fitnah dunia duhai manusia..
Dunia hanyalah tempat persinggahan dan sebenar2 tujuan kita hanyalah akhirat semata-mata...
Tidakkah kita sedar semua ini..MasyaAllah..
Bangunlah wahai kalian..
Kiamat hampir tiba,
Bersediakah kita menghadapi segalanya,
Bertemu Allah, menerima balasan atas perbuatan baik dan buruk, dn sebagainya seperti yang diceritakan dalam Al-Quran..
bergembiralah kamu wahai orang yang beriman, menerima balasan syurga dari Allah di akhirat kelak...
Insyallah...

Monday, May 11, 2009

Felda dan Palong...

cuti sabtu ahad baru ni dihabiskan dengan membantu kawan-kawan berprogram di felda Palong, N9. Sebelum bertolak, kami diingatkan bahawa smua pelajar disitu kebanyakannya mempunyai masalah akhlak, erm..terfikir jugak, boleh ke handle..then sampai kat sana, jumaat, ptang..berkenalan dengan adik2 form 3 and 5..alhamdulillah..dapt masuk dengan mereka dan samapikan apa yang patut.

bila sebut pasal felda, smua orang akan aim orang2 kat situ smuanya teruk2,rosak akhlak, merempit, banyak kes zina etc. Kadang2 pelik jgak, felda ni tempat untuk bantu para petani ke, atau sarang maksiat???

saya jugak adalah anak felda dan saya jugak terasa bila smua orang berkata pasal anak felda. ermmm...sedih jugak, tapi tak dapat menafikan apa yang diperkatakan..

program berjalan lancar dan kelihatannya semua pelajar dapat menerima apa yang telah disampaikan oleh semua fasi..seronok dapat naik bas ramai2..:)

Tuesday, April 28, 2009

~bersediakah kita~




Hari demi hari seringkali kita dengar tentang kematian...bagi insan yang mengenali si mati, pastinya kesedihan menyelubungi sanubari, terbayang kenangan indah sewaktu bersama menempuhi alam dunia yang sangat melalaikan(jika disalahguna)...huh..betapa lemahnya jiwa ini tanpa iman...oh iman, bantulah aku menempuhi rona liku alam yang bisa melemaskan aku ini...

benarlah kata manusia, kita hanya akan dihargai bila kita hilang di pandangan seseorang..,
benarlah ia, kita akan menghargai seseorang, bila dia tiada disisi kita.. segala yang indah bersama terlukis di fikiran..terbayang diingatan, sedangkan semuanya sudah tiada guna...kerana yang pergi tetap pergi..tiada kembali lagi...

penyesalan tiada gunanya..andai selama hidupnya kita tiada menghargainya..hanya kemarahan, kedengkian, dan keburukan yang dilihat pada orang lain..itulah bayangan syaitan sebenarnya..yang menjanjikan kekufuran kepada keturunan adam...binasalah syaitan la'natullah...

ALLAHUMMA IKHTIM LANA BIHUSNIL KHATIMAH..WALA TAKHTIM LANA BISUUIL KHATIMAH..

Duhai sahabat, duhai teman,
andai diri ini terlalu banyak salah dan silap,
maafi diri ini,
kerana tiada siapa yang tahu bila tibanya masa kita,
mengadap Yang Maha Esa,
tiada siapa yang tahu,
bila mata ini terpejam...

MAHABBAH FILLAH..

Wednesday, April 22, 2009

jom rest..;)



alhamdulillah...akhirnya berakhir jugak last semester selepas berperang dalam dewan exam..then bila balik rumah mula la kebosanan.. ermm...buat ape ye..

banyak perkara bermanfaat yang boleh kita buat sebenarnya..tapi sifat "M" yang ada pada kita lebih mengatasi..huh..jom lawan..

masih fikirkan jugak nak buat ape ni..

Sunday, March 29, 2009

Kecemerlangan hakiki duniawi ukhrawi



Pada semua kawan2 yg nak cemerlang..,sy pn nk jugak..)

Allah berfiman yg bermaksud:
185. tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya. (surah al-imran)

Tak lama lg exam akan menyibukkan diri kita dengan buku2 dan nota2 satu sem ni. Otak pun jadi berputar-putar, mata lebam akibat x ckup tidur, makan pun xtentu,etc..tu la tanda orang kuat study (ye ke ?)..ermm

Nak dapat result cemerlang dalam university kena la menepati piawaian yang ditetapkan university atau institusi tertentu, ikut skema, ada prove utk jawapan banyak huraiannya, etc…barulah kita boleh dapat dean list kn..

Tapi kecemerlangan yang kita dapat didunia ini tanpa disedari hanyalah bersifat sementara yang mana bila kita ingat pada semua kejayaan2 dan kecemerlangan yang kita perolehi, sehingga kita boleh pakai kereta besar, rumah besar dan smuanya besar2, ia akan menyebabkan kita lupa kepada yang memberi smua perkara yg besar2 tu…iaitu Allah Taala…Masya Allah…

Dalam ayat diatas, Allah menyatakn bahawa kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang mempedayakan (ghurur). Tetapi Islam tidaklah bermaksud memandang kecil kecemerlangan yang kita kecapi didunia. Kecemerlangan di dunia bermakna apabila ia menjadi alat bagi kecemerlangan di akhirat. Dan kecemerlangan hakiki untuk akhirat adalah syurga.

Smua org gembira apabila sebut pasal syurga, smua org nak msuk syurga. Tapi, seperti mana ada nya piawaian university untuk student supaya pass exam, mcam 2 la jugak ada nya piawaian untuk seseorang tu masuk syurga, kerana syurga itu milik Allah dan Dia menetapkan piawaiannya…bukan begitu??

Umat Islam hanya akan mengetahui piawaian ini menerusi al-Quran dan dibantu oleh sunnah Rasulullah S.A.W. tapi kalau Quran pun bukak sminggu skali, macam mana nak tepati piawaian 2??? Consequence; -FAILED-

Time exam bukak note lebih 10 kali sehari, nk bg ingat…tp al-Quran???

Time exam berjaga malam siapkan diri untuk exam…solat malam, ikut sunnah,ada???

Nak pegi exam, msuk pkul 8.30, pkul 7 dah ad kat dewan, very punctual….tapi wktu solat,punctual???
Piawaian university dipatuhi…piawaian Allah Taala???

Marilah kita sama2 bermuhasabah…

Kepada diri sendiri dan sahabat2..kita jadilah insan yang betul2 cemerlang dunia dan akhirat…moga segalanya dipermudahkan Allah…

HAZZIN NAJAH KULLUKUM…jaga diri, jaga kesihatan,..salam mahabbah fillah..

Saturday, March 21, 2009

~berikan kemaafan~




Ya Allah..
Andai beribu dosaku pada-Mu,
Berikanku Maghfirah-Mu Ya Allah..
Andai sedikit ingatanku pada-Mu,
Jangan Kau hilangkan ingatan-Mu padaku Ya Allah..
Ku merayu pada-Mu Ya Allah…
Ku merintih pada kasih-Mu Ya Rahman…
Ampunkan dosa-dosaku…
Ku bertaubat Ya Allah..


Sesungguhnya penerimaan taubat itu diterima oleh Allah hanya bagi orang-orang Yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.(Surah an_nisa’:17)