Friday, February 26, 2010

Jahitan manikku~

sem ni kena buat baju kurung dan jubah, kemestian subjek yang telah ditetapkan uia untuk pilih skill yang kita nak, membolehkan kita dapat advantage sepanjang kita ada kat uia ni, seronok, at least kita dapat sesuatu..:))





Friday, November 6, 2009

~taqdirku~

Assalamualaikum...))

mg semuanya sihat walafiat bersama rahmat dan redha Allah melalui jalan2 cahaya..Insyallah..

sebagai manusia, kita semua akan melalui pahit manis kehidupan dan inilah hakikatnya sebuah pentas dunia. merasai kegembiraan dan kesedihan yang silih berganti, andai isinya baik, baiklah kulitnya, andai hati dipenuhi ketenangan, kegembiraan milik kita..

Gembira--> perkara yang diimpikan semua orang, sanagt manis andai dirasai bersama yang tersayang, berkesan meninggalkan kesedihan jauh di belakang..
tetapi, iana mustahil untuk terus bersama kita selamanya, bersama menemani tatkala gundah gulana menimpa, suatu saat ia akan pergi begitu shj..

Kesedihan--> tidak disukai semua orang, tetapi mesti dilalui untuk meneruskan hidup. Sebagai mehnah dan duri dalam kehidupan, andai tiada duri, mawar tidak dapat melindungi dirinya, tanpa kesedihan, kekebalan untuk hidup mungkin kurang...dan tiadalah dirasai kemanisan kegembiraan..alangkah adilnya dunia ILAHI..

Hidupku--> Inilah hidupku, inilah hidip kita, merasai setiap yang dirasai oleh semua jiwa, adil dan sakasama...andai kesabaran bertahan di hati, kegembiraan akan bertahan lama..melalui manisnya sabar..
tetapi andai kemarahan menguasai jiwa, hilanglah segalanya, hilanglah jiwa, hilanglah mulia,

Oh diriku, dimanakah dikau? pilihlah wahai jiwa, pilihan yang adil buat dirimu..

Ya Allah..andai ku gagal menghadapi mehnahMu, mudahkan Ya Allah, ringankan Ya Allah..
tiada apa disisiku melainkan rahmat dan redha-Mu..
andai hilang ia, hilanglah diriku, hilanglah jiwaku..hilanglah segalanya..
Ighfir Zunubi...

Thursday, October 15, 2009

~best~

Fwded email from wardah;

Motivasi Diri

Kita memerlukan sesuatu yang boleh menjadi daya pendorong atau motivasi untuk melakukan sesuatu pekerjaan.
Kalau pelajar yang ingin berjaya tentu memerlukan motivasi diri untuk mencapai kejayaan.
Bagi seorang pekerja pula, tentu memerlukan motivasi untuk melakukan pekerjaan dengan baik...tambahan pula perlu melakukan kerja yang sama setiap hari. Tentu bosan akan muncul jua di dalam hati.
Di bawah ni ada beberapa tips yang boleh kita praktikkan untuk motivasi diri..

1. Rancangkan dahulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat.


2. Senyumlah selalu..senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah.


3.Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti.


4. Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri.


5. Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi.


6. Sesekali hiburkanlah hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati.


7. Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya, apa salahnya.


8. Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan..takut jadi obes pula


9. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan menghisap rokok..bahaya untuk kesihatan.


10. Lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri.


11. Tenangkan fikiran dan relaks sekejap.


12. Mandi setiap hari... jangan malas mandi tau !


13. Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan diri.


14. Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing.


15. Lakukan kerja seikhlas hati.


16. Yang paling penting, sentiasalah berdoa kepada Allah.

Monday, October 5, 2009

Sepi sekeping hati...




BISMILLAH..

Beberapa hari sudah, seorang sahabat bertanya padaku, "mcamane nk hilangkan tekanan yang kita hadapi". Ermm..hatiku berkata, nampaknya dia sedang hadapi situasi yang menyebabkan dia tertekan, dalam situasi ini, dia betul2 perlukan kata2 yang boleh menyuntik semangatnye untuk bangun semula. Bagaimana ku mahu menolongnya sedangkan hatiku juga gundah gulana. tetapi tidak ku nampakkan padanya tentang itu. Aku mendengar luahannya..

Nasihat pertamaku kepada diri sendiri dan dia adalah kembali kepada Allah. Kerana Dialah yang memberi segalanya..ujian,dugaan,mehnah, smuanya dari Dia..dan Dia tahu kita mampu mengatasinya..LAA YUKALLIFULLAHU NAFSAN ILLA WUS'AHA...mengadulah pada Dia, mintaklah apa yang kita mahu dari Dia..
kerana Dia amat memahami kita..kerana kita adalah ciptanNya..

kita hidupkan semula sunnah2 yang ditinggalkan, dan bertaubat dari dosa2 sebelum tertutupnya pintu taubat...Ingatlah bahawa, apabila kita berseorangan, Allah bersama kita, apabila kita menangis, Dia terlebih dahulu mengesat air mata kita dengan khabar2 gembira...Hiduplah kerana ALLAH...nescaya akan tenang sekeping hati...

فاذكروني أذكركم

Thursday, September 24, 2009

~dunia yang sepi~

ALANGKAH SUSAH MENDAPAT KAWAN
BUKAN KENALAN DIZAMAN INI
BERPUNCA DARI HATI YANG ROSAK
KERANA DUNIA MEMAUTNYA

ALANGKAH SUSAH MENCARI KAWAN
KEBAIKAN KITA DISOROKNYA..
BAHKAN DIDENGKINYA PULA..
KEJAHATAN DI CANANG MELATA..

SALAH YANG SIKIT DIBESARKAN..
YANG BESAR APATAH LAGI..
ALANGKAH SEPI DUNIA INI..
WALAUPUN HIDUP DITENGAH RAMAI..

KERANA KAWAN TIADA LAGI..
YANG ADA HANYALAH DI JALANAN
KERANA KAWAN TIADA LAGI..
YANG ADA HANYALAH DI JALANAN..

-hIJJAZ-

Monday, September 7, 2009

~pengalaman~

بسم الله الرحمن الرحيم

usai tarawikh malam ni di safiah..

-tiba2 setelah selesai rakaat keempat dan tazkirah, madam di safiah bangun dan menyampaikan kata-kata; selepas beliau memberi salam, beliau berkata "kepada semua student dan mrc, diharap tidak menimbulkan ape2 tuduhan tentang sesat antara satu sama lain. Kita semua berada didalam bulan ramadhan dan juga bulan ibadah, maka perbanyakkanlah ibadah..tidak perlu semua itu jika perkataan tidak dijaga..mengatakan sesat kepada orang lain tanpa menyiasat terlebih dahulu apa yang dituduh". Semua terdiam dan mendengar apa yang diperkatakan madam. Beliau sebak kerana bulan ini sepatutnya membatu sakhsiah kita lebih bertamadun, bukan memberikan kemarahan dan kekecewaan kepada orang lain.

Memang benar, Islam tidak mengajar kita untuk menuduh orang lain sesat sewenangnya. Tanpa ada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa dia betul2 sesat. Tazkirah ringkas dari seorang sahabat di pertengahan tarawikh sedikit sebanyak dapat menyelesaikn kecelaruan yang melanda sesetengah student di safiah. Moga Allah membantu jalan dakwah yang dibina berlandaskan al-Quran dan sunnah.

Terima Kasih kepada semua sahabat2, diatas perkongsian ilmu dan pengalaman..
Barokallahu fikum..

Sunday, September 6, 2009

~hukum minum air sambil berdiri~

Memahami Hadith Bercanggah

Hadis A:

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:

Janganlah seseorang dari kamu minum sambil berdiri. Jika sesiapa terlupa, maka hendaklah dia memuntahkannya.[107]

Hadis B:

Berkata al-Nazzal rahimahullah, ‘Ali radiallahu ‘anhu datang ke pintu kawasan lapang (di perkarangan masjid Kufah [108] ) dengan (segelas) air lalu diminum sambil berdiri. Kemudian ‘Ali berkata

Sesungguhnya manusia, sebahagian daripada mereka tidak menyukai minum sambil berdiri, Demi sesungguhnya, aku melihat Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam berbuat seperti apa yang kamu lihat aku buat.[109]

Hadis C:

Berkata ‘Abd Allah ibn Abbas radiallahu ‘anhu:

Aku menghidang Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam air zam-zam, lalu baginda meminumnya sambil berdiri.[110]

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dalam Hadis A jelas melarang seseorang untuk minum sambil berdiri tetapi dalam hadis B dan C, diterangkan pula bahawa baginda sendiri yang minum secara berdiri. Di sini jelas wujud percanggahan.

Akan tetapi jika dikaji semula, akan didapati bahawa Hadis A adalah hadis perintah yang berasal daripada Rasulullah (sunnah Qauliyah) manakala Hadis B dan C adalah hadis pengkhabaran tentang perbuatan Rasulullah (sunnah Fi‘illiyah).

Apabila bertembungnya antara hadis sunnah Qauliyah dan hadis sunnah Fi‘illiyah, maka yang menjadi dasar hukum ialah hadis sunnah Qauliyah, manakala hadis sunnah Fi‘illiyah berperanan menafsirkan maksud sebenar yang terkandung dalam hadis sunnah Qauliyah tersebut.

Kembali kepada contoh percanggahan di atas, Hadis B dan C berperanan menafsirkan maksud sebenar larangan Hadis A, bererti bahawa larangan Hadis A bukanlah bermaksud haram, tetapi hanyalah makruh. Justeru apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam melarang sesorang minum secara berdiri, ia adalah merupakan satu tegahan dan bukannya satu pengharaman [111]. Namun diingatkan kembali bahawa yang menjadi dasar hukum ialah Hadis A, maka hendaklah seseorang itu tetap berusaha untuk menjauhi minum secara berdiri, kecuali apabila uzur, lupa atau apabila suasana tidak mengizinkan



===========================

[107] Sahih: Hadis daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Muslim, lihat Sahih Muslim – no: 2026 (Kitab Minuman, Bab tidak disukai minum secara berdiri). Hadis tegahan minum secara berdiri juga diriwayatkan dari Anas bin Malik dan Abu Sa‘id al-Khudri radiallahu ‘anhuma.

[108] Sebagaimana riwayat no: 5616 dalam Sahih al-Bukhari.

[109] Sahih: Hadis dikeluarkan oleh Ahmad dan al-Bukhari, lihat Sahih al-Bukhari – no: 5615. (Kitab Minuman, Bab minum sambil berdiri).

[110] Sahih: Hadis dikeluarkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Sahih Muslim – no: 2027 (Kitab Minuman, Bab minum air zam-zam sambil berdiri).

[111] Lihat al-Nawawi – Syarh Sahih Muslim, jld 7, ms 112 dan seterusnya, Ibn al-Qayyim – Zaad al-Ma‘ad , jld 1, ms 109-110 dan Fath al-Bari, jld 11, ms 211.


oleh; Hafiz Firdaus Abdullah

~School Bus~

School Bus in Japan..








School bus in Pakistan..

Saturday, August 22, 2009

Bahaya Mee Segera...




Kepada para penggemar mee segera, berhati2 apabila mengambil mee segera sebagai makanan harian anda. Terutama bulan ramadhan ni. Ini kerana, menurut laporan doktor, terdapat sejenis lilin yang melapisi mee tersebut dari melekat antara satu sama lain yang akan membahayakan kesihatan penggunanya. Seseorang yang mengambil mee segera sitiap hari akan berpeluang menghadapi kanser. Dokter mengatakan bahwa tubuh kita memerlukan waktu lebih dari 2 (dua) hari untuk membersihkan lilin tersebut.

Ada seorang pramugari SIA (Singapore Air) yang setelah berhenti dan kemudian menjadi seorang suri rumah tangga, tidak memasak tetapi hampir selalu menggunakn Mie segera setiap kali dia makan. Kemudian akhirnya menderita kanser dan meninggal.

Jika kita perhatikan Mi China yang berwarna kuning yang biasa ditemukan di pasar, dari hasil pengamatan, mi yang belum dimasak tersebut akan terlihat seperti berminyak. Lapisan minyak ini akan menghindari mi tersebut satu dari melekat dengan lainnya. Mi Wonton yang masih mentah biasanya ditaburkan tepung agar terhindar dari melekat. Ketika tukang masak akan memasak mi, dia memasaknya pertama-tama dalam air panas, kemudian dibilas/ditiriskan dengan air sejuk sebelum dimasak dengan air panas lagi. Memasak dan meniriskan dengan cara ini akan dapat menghindari lekatnya mi tersebut satu sama lainnya. Tukang masak memberikan minyak dan sos pada mi tersebut agar tidak menjadi lekat ketika akan digunakan secara kering (tanpa kuah).
Aturan masak dalam membuat Spaghetti (Mi dari Italia), akan diperlukan minyak dan mentega yang ditambahkan terlebih dahulu pada air rebusan Spaghetti untuk menghindari pasta tersebut dari melekat.


Ada kisah yang mengerikan :

* seorang dewasa yang sekarang usianya sekitar 48 tahun tapi sudah 4 tahun terakhir ini kemana-mana membawa alat, maaf, sebagai pengganti anusnya, karena usus bawah sampai dengan anus telah dipotong sebab sudah tidak berfungsi lagi kerana sewaktu menjadi mahasiswa dengan alasan ekonomi, mengambil mie segera secara berlebihan sehingga bagian usus yang dipotong tersebut adalah tempat mengendapnya bahan pengawet yang selalu ada di setiap mie segera mungkin sejenis borax pengawet untuk mayat (data menunjukan bahwa import borax dan sejenisnya sangat besar ke seluruh negara) dan hasilnya menimbulkan kerosakan ditempat tersebut,

semoga segalanya di bawah perlindungan Allah..

Monday, August 17, 2009

~Bila Waktu telah berakhir~




Kejarlah harta kemewahan.ia akan hilang dan habis dibelanjakan,
Kejarlah pangkat dan jawatan,ia akan habis bila kita diberhentikan,
Kejarlah populariti dan glamour,ia akan hilang bila kita dilupakan,
Sebaliknya kejarlah amal soleh, redha dan cinta Ilahi, agar kita bahagia di daerah sana,

Bagaimanakah merasa bangga,akan dunia yang sementara,
Bagaimanakah bila semua, hilang dan pergi meninggalkan dirimu,

Bila waktu telah berakhir, teman sejati hanyalah amalmu,
bila waktu telah terhenti,teman sejati hanyalah sepi,

opick..