Sunday, July 21, 2013

IMAN dan 'Amal


Bismillah

Tersedar jam 2.30 pagi, dan langsung tak boleh lelap.

Allah mengejutkanku utk ku terus mengingati Dia. Kekasih utama hidupku, Yg Memberi rezeki, Yg Memberi Ni'mat hidup.

Surah an-Nisa', banyak menguntum hikmah-hikmah Allah pabila diteliti maksudnya. Tiba-tiba tersenyum sendirian meneliti terjemahannya.

An-nisa': 57


Maksud:
Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan yang soleh, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam surga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai; kekal mereka di dalamnya; mereka di dalamnya mempunyai pasangan-pasangan yang suci, dan Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh lagi nyaman. 

Hikmah yg boleh dikutip:
#ada banyak sangat gambaran syurga yg Allah berikan seperti ayat diatas kepada org-org yg beriman dan beramal. Dan janji Allah itu pasti! Semua org cakap nak masuk syurga, tapi amalan sentiasa menjurus ke neraka. Astaghfirullah.

#pabila disebut sungai yg mengalir, hati akan merasa tenang sambil membayangkannya. Terapi bunyi air sungai yg mengalir juga memberi kesan untuk menghilangkan stress. Maka ketenangan dari air itu, Allah gambarkan supaya nikmat itu kita dapat rasai sejak awal lagi. Dan kita sama berebut kepadanya. Fafirruu ilallah...

#pasangan hidup; jangan risau andai tiada jodohmu lagi disini, sebab Allah dah janjikan disana. Jodoh yg suci, dari kalangan mereka yg beriman dan beramal dgn ayat-ayat Allah, Subhanallah...ini lah janji Allah. yg Maha mengetahui.

Kita mempunyai tujuan untuk dihidupkan. Allah memberi kita satu tanggungjawab besar untuk dipikul. Untuk menjadi kannya adil, setiap penglibatan kita, disitu ada tanggunggjawab yg kita pikul. Merasa sesal dgn apa yang telah Allah tetapkan bukanlah perkara yg bagus bg seorang Muslim. Frankly speaking, saya sangat anti dengan manusia yg suka menyesal dengan setiap apa yg telah terjadi dan kesan dari perbuatan diri sendiri. Saya takkan melafazkan "Aku menyesal...." "Yang paling aku menyesal....." seolah kita tidak redha. Disitu sebenarnya bermula sesi pertarbiyahan dari Allah utk hambaNya. Maka jgn sesekali kita lafazkan rasa sesal pd apa yg telah berlaku. Kerana disitu juga terletak keimanan kita pd ketentuan Allah. Allahu ghayatuna. Allah tujuan kita sebenarnya. Manusia mungkin boleh jadi penghalang kepada tujuan kita, atau sebagai penggalak untuk terus berada dititian ini. Sama-sama bermujahadah. Allahu a'lam

Raudhah.

No comments: