Wednesday, July 10, 2013

Nafas dengan Al-Quran.


Salam satu Ramadhan duhai sekalian Ansorullah. Moga kalian berjaya berperang dengan nafsu yg bisa meruntuhkan imaan dijiwa.

Ramadhan membina sahsiah. Ramadhan membentuk disiplin diri. Allahu akbar! satu kemuliaan yg besar bg umat Islam.

Kenapa disiplin?

#Utk bangun sahur, kita kena bangun sebelum subuh.

#Jadi, Ofkos sempat buat tahajjud atau solat malam walaupun satu rakaat. Subhanallah yg mendatangkan Ramadhan bulan penuh barakah.

#Sunnah bersahur sudah sedia ma'lum pd ganjarannya. Maka bagi mu'min yg mahu merebut dan mengumpul hadiah Allah...dia akan terus istiqamah untuk mendapatkannya. Entah esok lusa kita mati, bila lagi dapat mengumpul kan?

#Bagi lelaki, hikmahnya dapat sentiasa berjemaah subuh dimasjid, atau bersama anak-anak isteri dirumah. Masya Allah. Tiada yg hebat melainkan Allah.

#Bulan al-Quran. Pahala dilipat ganda. Inilah yg ingin penulis tekankan.

-Dengan Al-Quran kita bernafas, bersama al-Quran kita melangkah. Sungguh ta'ajub bila kufikirkan, ada ke manusia zaman ini, pabila keluar perkataan dari mulutnya. Ianya adalah ayat al-Quran. Subhanallah. Moga Allah menjauhkan kita dari lafaz-lafaz yg keji dan mungkar. Moga jiwa kita Allah hidupkan dengan Al-Quran.

-Baca satu blog sahabat yg dikasihi kerana Allah, sungguh terkesan dengan tulisan beliau yg memaparkan keindahan dan kehebatan ayat Quran itu, andai hadir rasa kekusyukan dalam hati, insan itu boleh ketawa dan menangis sendirian sambil membacanya. Selanjutnya klik http://firaszahrafajar.blogspot.com/2013/07/contengan-ramadhan-ceritaku-di-1.html


Allah memberi ancaman kepada pelaku-pelaku kejahatan. Allah memberi khabar gembira kepada insan-insan yg sabar menempuh liku ujian. Ya Allah...betapa kerdil diri ini dihadapan Allah, betapa malu rasanya memepersembahkan amalan kepada Allah. Astaghfirullah.

Al-Quran menghindarkan kita dari melakukan maksiat. Al-Quran membentuk rasa malu walau dimana jua. Al-Quran membataskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan. Tanpa al-Quran terlerailah agama. Tanpa al-Quran pesonglah jiwa. Bernafaslah dengan jiwa abdi..bernafaslah dengan nafas al_quran.


2:185. (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.


Faqeerah Ilallah...

Raudhah.

No comments: