Saturday, July 20, 2013

Kau begitu istimewa sebagai Muslimah

Duhai Muslimah

Tiada terungkap dengan bicara,
Betapa dirimu dimulia agama,
Setiap kamu begitu berharga,
Dihiasi pagar duri lindungi mahkota,

Duhai puteri,

Peliharalah pagar berdurimu,
Dari rempuhan yg bahaya,
Pertahankan hingga kehujung nyawa,
Agar nanti tiada sesalnya,

Duhai permaisuri,

Bukalah pagarmu pd yg halal hanya,
Kerana haram itu jelas nyata,
Mengundang malapetaka pd agama,
Mendatang amarah sang RAJA yg agung.

Duhai Mu'minah,

Padamu sifat malu,
Yg menguntum hati jejaka,
Hidupmu pd yg Satu,
Mencari redha dariNya.

Tiada agama tiadalah syariat,
Tanpa agama rosaklah binasa,

Hiduplah dengan beragama dan melaksanakannya..
Hiduplah untuk Allah..
Hiduplah dengan nafas jiwa 'abdi..
Kerana disana yang pasti dan mesti...

 

No comments: