Monday, July 8, 2013

Sunnah Puasa - Sahur



[Adab Puasa - Bersahur dan Lewatkan Sahur]

1. Sahur. Jangan tak sahur.

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُوْرِ بَرَكَةً

"Bersahurlah kerana padanya keberkatan" [HR alBukhari & Muslim]


2. Sahur. Membezakan puasa kita dengan puasa ahlul kitab.

فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ

"Pembeza di antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah sahur" [HR Muslim]


3. Sahur. Walau seteguk air.

السَّحُورُ أَكْلُهُ بَرَكَةٌ فَلَا تَدَعُوهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ

"Sahur itu padanya keberkatan. Maka jangannya kamu meninggalkannya walaupun sekadar salah seorang dari kalian minum satu teguk air" [HR Ahmad]


4. Sahur. Lewatkan. Sebelum subuh. Bukan makan ditengah malam

تَسَحَّرْنَا مَعَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قُمْنَا إِلَى الصَّلاَةِ. قُلْتُ: كَمْ كَانَ قَدْرُ مَا بَيْنَهُمَا؟ قَالَ: خَمْسِيْنَ آيَةً

Anas ibn Malik mendengarkan dari Zaid bin Tsabit: "Kami bersahur bersama RasululLah sallalLahu 'alaihi wa sallam, kemudian kami bangun untuk solat (Subuh)" Aku (Anas) bertanya: "Berapa jarak antara sahur sehingga solat?". Zaid menjawab: "(Sekadar bacaan) 50 ayat" [HR alBukhari & Muslim]


Edited from Bro Abu Umar Syarif.



No comments: